web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Izzaddin Idris Akan Diberhentikan Dari Axiata?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 4:49PM

Mohd Izzaddin Idris - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khabar angin hangat dalam kalangan penggiat industri telekomunikasi mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Berhad, Datuk Izzaddin Idris akan mengosongkan jawatannya.

Sumber memberitahu The Vibes, perkara ini berlaku akibat keengganan menerima perancangan kerajaan untuk melancarkan 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB), walaupun Axiata itu merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya diberitahu bahawa ada pengumuman yang akan dibuat hari ini. Tetapi saya tidak dapat mengesahkan.

“Semasa AGM Axiata semalam, sewaktu resolusi untuk melantik beliau sebagai pengarah, saya diberitahu yang Khazanah telah mengambil posisi berkecuali dari mengundi (beliau),” kata sumber yang tidak mahu dikenali.

Khazanah Nasional Berhad merupakan pemegang saham terbesar di Axiata.

Sekiranya Khazanah tidak mengundi Izzaddin sebagai Ketua Eksekutif Axiata, ini menunjukkan bahawa mereka tidak lagi menyokong beliau.

“Ini seolah-olah mereka telah mengucapkan selamat tinggal kepada Izzaddin,” kata sumber itu.

Axiata merupakan syarikat pemilik kepada Celcom.

Empat telko terbesar tempatan – Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, dikenali dalam industri sebagai CDMU – nampak sedang berkerjasama dalam keengganan mereka melaksanakan perkhidmatan 5G oleh DNB.

DNB, syarikat milik kerajaan, telah diberikan peranan untuk membina infrastruktur 5G negara.

Dari mula, ahli-ahli CDMU telah menolak perancangan DNB dan mencadangkan rangkaian mereka sendiri.

Tetapi rancangan tersebut nampak seolah-olah mereka mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan negara. - The Vibes

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam