web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mana Menteri, Apa Usaha Kerajaan Ketika Rakyat Berdepan Krisis Kos Hidup?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 12:38PM

Isu kenaikan harga makanan dan barangan hangat diperkatakan dengan rakyat meminta supaya langkah tertentu diambil segera bagi mengatasi masalah berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya proaktif mengumumkan kepada rakyat setiap inisiatif yang akan dilaksanakan bagi menangani isu kos sara hidup, khususnya kenaikan harga makanan dan barangan.

Pengerusi Biro Aduan Awam Kebangsaan DAP, Lim Lip Eng berkata, sebaliknya kerajaan hari ini dilihat seperti tidak serius dalam menyelesaikan isu berkenaan, malah kebanyakan menteri lebih mengutamakan lawatan kerja ke luar negara.

Menurutnya, dalam suasana sebegini kerajaan perlu bertindak pantas bagi menangani isu krisis bekalan makanan sedang dihadapi negara.

“Di mana menteri yang sepatutnya membuat polisi untuk menghadapi isu tersebut?

“Peningkatan kos sara hidup memberi kesan besar kepada rakyat. Ia diburukkan lagi dengan kenaikan harga barangan makanan asas, khususnya ayam. Negara bakal menghadapi ketidakselamatan makanan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 Lim Lip Eng - Gambar dari Facebook Lim Lip Eng
Lim Lip Eng - Gambar dari Facebook Lim Lip Eng

Beliau berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini mengumumkan, Mesyuarat Kabinet akan membincangkan isu bekalan makanan, terutamanya ayam.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga hari ini tiada perkembangan terkini berhubung langkah jangka pendek dan jangka panjang dimuktamadkan kerajaan berhubung isu tersebut.

“Memandangkan isu ini mengundang krisis lebih besar, kerajaan harus bertindak proaktif dalam memaklumkan kepada rakyat berhubung inisiatif mereka dalam mengendalikan perkara tersebut.

“Apa gunanya mesyuarat dan perbincangan jika tiada pelan konkrit yang dibentangkan,” tegasnya.

Ahli Parlimen Kepong itu turut menasihatkan supaya menteri tidak mementingkan lawatan kerja ke luar negara ketika ini, sebaliknya mengutamakan untuk menyelesaikan isu peningkatan harga barang dihadapi rakyat.

“Memandangkan isu krisis makanan global semakin serius, seorang menteri Kabinet harus dilantik sebagai jurucakap tunggal dan menjadi ‘frontliner’ (barisan hadapan) untuk memaklumkan kepada negara langkah seterusnya bagi menangani isu tersebut.

“Menteri sama harus mengetuai pasukan petugas peringkat tertinggi untuk memudahkan mencapai kata sepakat berhubung isu keselamatan makanan di negara,” katanya. – Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar