web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Durian Dijangka Turun Mulai Jun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 11:43AM

Jun adalah masa terbaik untuk pencinta durian menikmati buah itu pada harga lebih rendah dengan lebih banyak pilihan terutama di Pulau Pinang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Penggemar durian akan dapat menikmati raja buah itu pada harga lebih mampu milik pada Jun kerana harganya dijangka menurun berikutan lebihan bekalan di negeri lain.

Pemilik dusun durian, Lai Kuan Beng, 50, berkata pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini disebabkan tempoh pengeluaran durian di negeri ini adalah pada pertengahan April atau awal Mei, bergantung kepada cuaca.

“Harga agak tinggi sekarang kerana kurang bekalan berikutan musim durian belum tiba ke kemuncaknya dan kebanyakan durian Pulau Pinang juga diedarkan ke negeri lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di dusunnya di Sungai Ara di sini.

Lai berkata durian turut ditanam di beberapa negeri termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Johor namun durian Pulau Pinang adalah yang paling dicari.

Beliau berkata kelemahan ringgit, kos buruh asing yang tinggi dan kenaikan harga baja adalah antara faktor menyumbang kepada peningkatan harga durian.

“Apabila musim durian bermula awal bulan ini, durian premium seperti Black Thorn berharga RM100 sekilogram, musang king RM75 sekilogram manakala Hor Lor dan Udang Merah RM50 sekilogram.

“Kini, harganya jatuh dan saya jangka ia akan terus jatuh apabila bekalan dari negeri lain diperoleh mulai bulan depan,” katanya.

Beliau berkata Jun adalah masa terbaik untuk pencinta durian menikmati buah itu pada harga lebih rendah dengan lebih banyak pilihan terutama di negeri ini.

Sementara itu, pemilik kedai 1818 Durian and Fruit Dealer di Balik Pulau, Elvis Liew Min Long berkata minggu ini, beliau mengumpul lebih lima tan durian setiap hari daripada pemilik dusun di kawasan itu, yang kemudiannya akan diagihkan kepada penjual tempatan dan negeri lain.

“Kami membekal durian setiap hari kepada penjual dari pelbagai kawasan seperti Yan, Kedah; Taiping, Perak; Kuala Lumpur; dan Muar di Johor. Minggu ini harga mula turun perlahan-lahan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam