Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambung Lanjutan Tempoh Harga Siling Runcit, Borong Ayam, Apa Pendirian Kerajaan?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 2:07PM

Wong Hon Wai menggesa kerajaan supaya menyelesaikan semua pembayaran subsidi bulan ini sebelum tamatnya tempoh kawalan harga siling pada 5 Jun depan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu membuat keputusan segera sama ada lanjutan tempoh untuk penguatkuasaan harga siling runcit dan borong untuk ayam standard akan disambung atau dihentikan selepas 5 Jun depan.

 Ahli Parlimen Bendera, Wong Hon Wai berkata, keputusan segera perlu dimuktamadkan memandangkan penguatkuasaan harga tersebut akan tamat dalam tempoh kurang dua minggu dari sekarang.

Katanya, kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8.90 sekilogram manakala harga siling borong ayam standard, RM7.60 menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, yang berkuat kuasa selama 121 hari bermula 5 Februari hingga 5 Jun depan.

“Keyakinan penternak ayam terjejas berikutan kelewatan kerajaan. Bekalan ayam dalam pasaran kurang kerana penternak kurang yakin dalam skema harga siling serta subsidi yang ditetapkan kerajaan.

“Subsidi kepada penternak ayam ialah 60 sen sekilogram pada Februari serta Mac dan ditambah kepada RM1.40 sekilogram pada April dan bulan ini,” katanya hari ini.

Wong Hon Wai - Gambar dari Facebook Wong Hon Wai
Wong Hon Wai - Gambar dari Facebook Wong Hon Wai

Menurut beliau, keputusan kerajaan untuk menghentikan eksport ayam ke luar negara tidak semestinya memberikan hasil seperti yang dirancang.

Katanya, ini kerana penternak ada pilihan untuk tidak menternak lebih banyak ayam sekiranya terdapat kerugian berterusan.

“Kerajaan sepatutnya menjalankan kawalan eksport secara kuota dan merangka Dasar Obligasi Dalam Negeri (Domestic Market Obligation), yang mana pengeluar perlu menjual sebahagian besar daripada produk mereka di pasaran tempatan.

“Mereka juga boleh menjual sebahagian kecil untuk pengeskportan supaya penternak ayam masih boleh mendapatkan keuntungan daripada subsidi silang (cross subsidy) bagi menampung kerugian daripada pembekalan ke pasaran tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa kerajaan supaya menyelesaikan semua pembayaran subsidi bulan ini sebelum tamatnya tempoh kawalan harga siling pada 5 Jun depan.

“Kerajaan hendaklah memberi kepada keyakinan kepada penternak ayam supaya bekalan ternakan mencukupi untuk pasaran.

“Pada masa sama, masih ada keuntungan serta motivasi untuk mereka terus membekalkan ternakan ayam kepada pasaran tempatan,” katanya.

Hasil mesyuarat Kabinet Isnin lalu, kerajaan memutuskan untuk menghentikan eskport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan langkah pendek di samping mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh rakyat.

Beliau turut meluahkan kekesalan dan kekecewaan kerajaan terhadap tindakan beberapa syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan di pasaran.

Jelas beliau ketika ini, kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 10 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket