web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Penyelewengan Perolehan COVID-19, Adham Baba Sedia Beri Kerjasama Pada SPRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 2:47PM

Dr. Adham Baba - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19. 

Beliau yang memegang portfolio tersebut semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara terbabit, sekali gus menjelaskan perkara itu berlaku di peringkat pentadbiran. 

Menurutnya sewaktu keadaan pandemik banyak proses pemerolehan tidak melalui prosedur biasa dan terdapat kekeliruan dalam melaksanakan perkara itu.

"Kita gunakan perolehan kecemasan jadi keperluan mendesak banyak benda yang dilakukan nak cepat ada yang terpaksa pesan dahulu dan ada juga yang perlukan deposit, ini semua tak melalui proses-proses seperti biasa, ada perkara-perkara yang saya sedar dan saya sebagai menteri pada ketika itu menasihati mereka.

"Saya sebagai menteri saya menjaga dasar dan pelaksanaan dilakukan oleh pihak pentadbiran, saya menyenaraikan semua keperluan pelaksanakan oleh mereka, saya bersedia untuk beri kerjasama kepada SPRM tidak ada keraguan kerana ini penggunaan kecemasan pertama kali,”  katanya.

Dr Adham berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara National Instituteof Biotechnology Malaysia, Solution Biologics Sdn Bhd dan Cansino Biologics Inc (CanSino). 

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perolehan berkaitan COVID-19 melibatkan rasuah dan penyelewengan selain turut melihat kepada penyalahgunaan kuasa.  

Berkenaan majlis itu, Dr Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata MoU yang telah ditandatangani oleh tiga pihak itu bertujuan memupuk kerjasama jangka panjang dalam pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan vaksin manusia.   

MoU ini memberi tumpuan kepada program penyelidikan bersama pembangunan vaksin terpilih, pertukaran penyelidik dan pakar teknikal, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengkomersialan produk vaksin untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek