web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat, Pokok Tumbang Di Seremban

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:27AM

Beberapa penduduk Taman Lee Siew Joo, Seremban mengharungi banjir ke tempat selamat ekoran hujan lebat dan ribut sejak petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Penguasa Kanan Bomba II Zamhuri Zainnordin berkata antara kawasan terbabit ialah Taman England, Sikamat; Taman Nyior, Garden lake dan Kampung Semarak.

“Pusat operasi kita banyak terima panggilan ada pokok tumbang, ribut dan banjir kilat sejak petang dan sehingga kini kami masih menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dan mengalihkan pokok tumbang.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan air juga sudah makin surut. Setakat pukul 10.30 malam tadi jumlah mangsa terjejas belum dapat dipastikan,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata kira-kira 70 rumah terjejas akibat banjir di Kampung Ismail, Ampangan dekat sini yang naik sehingga paras dada, bagaimanapun air telah mulai surut. 

Beliau berkata di Bukit Chedang, ketinggian air banjir 0.3 hingga 0.6 meter dan bacaan hujan di stesen berhampiran adalah 83.5 milimeter.

"Paras air semasa di Sungai Linggi adalah 44.80 meter iaitu pada paras bahaya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka. Air naik akibat hujan lebat dalam masa yang singkat, air di Sungai Kepayang melimpah serta backflow disebabkan paras Sungai Linggi yang tinggi," katanya dalam kenyataan.

Mohd Syukri berkata terdapat beberapa kawasan lagi di daerah ini yang terjejas banjir kilat dan pihaknya sedang giat menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir.  APM turut menerima laporan pokok tumbang di sekitar Jalan Pantai, Seremban berdekatan Kilang Koko dekat sini.

Sementara itu, mangsa banjir Mohd Irqim Mohamad, 27, dari Taman Lee Siew Joo berkata air naik sehingga paras pinggang akibat hujan lebat kira-kira 7 malam tadi.

"Hujan lebat, air naik mendadak tidak sampai setengah jam iaitu kira-kira 8 malam ini, namun air semakin surut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad