web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulama Syor Kaji Fatwa Larangan Umat Islam Ke Masjid Al-Aqsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:44AM

Sebahagian daripada para ulama yang hadir pada Majlis Makan Malam Sempena Sidang Kemuncak Ulama 2022 mengenai Perpaduan Asas Pembebasan Al-Aqsa di Movenpick KLIA, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan agar kajian dibuat terhadap fatwa yang melarang umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana kawasan itu termasuk dalam jajahan Israel, kata Pengerusi Jawatankuasa Program, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata cadangan itu merupakan antara 24 resolusi yang dicapai menerusi persidangan tiga hari bermula Jumaat lepas, dihadiri  lebih 150 ulama Islam dari lebih 50 negara antaranya Indonesia dan Algeria.

“Orang Islam Al-Aqsa sangat memerlukan sokongan moral daripada orang Islam sedunia. Kita mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis.

”Dengan perkembangan semasa ketika umat Islam di Al-Aqsa memerlukan sokongan dunia, kita mengajak untuk dikaji semula fatwa itu berdasarkan kepada perubahan dan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam sempena sidang kemuncak itu di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama
Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Mohd Khairuddin berkata sidang kemuncak itu turut bersetuju menerbitkan sebuah ensiklopedia khas berkaitan Palestin yang antara lain berfungsi memaparkan maklumat ilmiah berkaitan sejarah dan perjuangan Palestin.

Beliau berkata penerbitan ensiklopedia oleh para ulama juga amat perlu berikutan terdapat usaha untuk menyalurkan maklumat salah mengenai Palestin di peringkat dunia.

Resolusi lain termasuk menggalakkan penggunaan media sosial oleh masyarakat seluruh dunia untuk mendedahkan kezaliman Zionis Yahudi di bumi Palestin.

“Kita ajak rakyat guna media sosial semaksimum yang boleh untuk kita dedah kepincangan yang berlaku di Palestin atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Mohd Khairuddin juga berkata satu jawatankuasa yang dinaungi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu Palestin.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang berpangkalan di Kuala Lumpur, antara lain berfungsi secara khusus mengumpulkan semua kesatuan umat Islam sedunia di bawah satu bumbung dan pada masa sama, memastikan 24 resolusi yang diputuskan dalam persidangan tersebut dapat dicapai.

Persidangan itu dianjurkan oleh Yayasan MyAQSA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad