web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengembara Tiba Dari Kawasan Dijangkiti Cacar Monyet Sila Ambil Langkah Berjaga-jaga 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 9:01PM

KKM akan terus memantau perkembangan situasi cacar monyet ini melalui laporan dikeluarkan WHO dan melakukan pemeriksaan di pintu masuk negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengembara yang tiba di negara ini dari kawasan yang terdapat jangkitan cacar monyet atau monkeypox perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya lapan negara iaitu Australia, Canada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom telah melaporkan beberapa kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati mereka yang mengalami gejala penyakit itu dalam tempoh tiga minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Mereka perlu maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut. 

“Elakkan daripada kontak langsung dengan individu lain dan lakukan pengasingan diri selama sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pengembara terbabit juga perlu mengekalkan kebersihan diri pada tahap tertinggi.

“Ini termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor. Elakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada pesakit dijangkiti, sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes.

“KKM juga menyeru orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan monkeypox agar tindakan pengasingan dapat segera dilakukan serta pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan,” katanya.

Jelas beliau lagi, KKM akan terus memantau perkembangan situasi cacar monyet ini melalui laporan dikeluarkan WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). 

Katanya, kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad, justeru risiko virus itu tersebar ke Malaysia adalah rendah.

“Namun penyebaran boleh berlaku jika terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti monkeypox.

“Semoga tindakan awal semua pihak dapat mengelakkan kemasukan virus monkeypox ke dalam Malaysia. KKM akan memaklumkan situasi jangkitan monkeypox dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, buat masa ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian pengesanan virus penyebab cacar monyet dalam kalangan manusia.

“Makmal Kesihatan Awam Veterinar serta makmal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) juga mempunyai kemampuan makmal untuk menjalankan pengujian mengesan orthopoxviruses dalam kalangan haiwan. 

“KKM sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan PERHILITAN utk memantau kejadian monkeypox dalam kalangan haiwan liar, termasuk yang diimport dari Afrika dan Benua Eropah,” katanya.

Penyakit cacar monyet dilaporkan berlaku di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat sejak 2005.

Negara-negara yang terdapat di kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo (DRC), Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan.

Cacar monyet dianggap endemik di DRC dengan lebih daripada 1,000 kes disyaki setiap tahun. 

Nigeria pula melaporkan wabak cacar monyet tertinggi pada 2017 hingga 2018.

Kadar kematian di negara-negara endemik jangkitan tersebut dianggarkan sebanyak tiga hingga enam peratus. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan