web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Ayam, MAFI, Penternak Bersua Muka Rabu Ini Bincang Kemelut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:35PM

FLFAM mahu isu kekurangan bekalan ayam diselesaikan segera dan sebaik mungkin demi memenuhi keperluan pengguna. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 25 Mei ini, bagi membincang dan menyampaikan ‘suara hati’ penternak di seluruh negara.

Bercakap kepada Getaran, Presiden FLFAM, Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya menerusi pertemuan itu akan memberikan kesimpulan berhubung masalah dialami penternak di seluruh negara.

Jelasnya, pertemuan itu juga bagi memenuhi permintaan kementerian untuk mendapatkan asas atau punca keseluruhan kepada masalah kekurangan bekalan ayam, sekali gus memudahkan kerajaan membantu menyelesaikan isu berkenaan.

“Pihak kita (FLFAM) cakna berhubung perkara berkenaan (kekurangan bekalan ayam) dan penternak sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu terbabit dengan kerajaan secara baik.

“FLFAM sudah berjanji untuk bertemu Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Rabu depan, justeru pihak kita akan membuat siasatan dan mendapatkan maklum balas daripada ahli persekutuan untuk memahami masalah sebenar mereka.

“Kesimpulan daripada maklum balas mereka itu bakal dikemukakan kepada Menteri dan kita akan mengusulkan cadangan bagaimana untuk menyelesaikan isu berkaitan, terutama kekurangan bekalan ayam,” katanya ketika dihubungi.

Jeffrey berkata, pihaknya mahu isu kekurangan bekalan ayam diselesaikan segera dan sebaik mungkin demi memenuhi keperluan pengguna.

“Jika tidak, setiap hari akan ada cerita mengenai isu bekalan ayam di media cetak dan elektronik, sehingga ada antara dakwaan diperkatakan itu tidak benar.

“Kita mahu biarlah isu ini menjadi reda, tak nak ada pihak atau netizen menggunakan perkataan kasar dan tidak betul, menyalahkan pihak kita, tuding jari kepada penternak dan mengecam kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan bakal berlangsung itu, Jeffrey berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil dicapai kepada masyarakat, termasuk punca dan pendekatan tambahan bakal diambil kedua-dua pihak.

“Apapun saya ingin beritahu mengenai kekurangan bekalan ini bukan kita (penternak) yang kawal dan kita masih bekerjasama dengan kerajaan untuk selesaikan.

“Jadi jika ada pihak kata kita mahu mogok kerana marah dengan kerajaan, itu tidak betul, jangan guna perkataan kasar, memang tak betul dan kita tunggu hasil pertemuan sebab lagi banyak saya komen, makin banyak orang salah faham (dan) tukar maksud saya,” katanya.

Ditanya adalah benar dakwaan kekurangan bekalan ayam yang berlaku di beberapa negeri ketika ini berpunca daripada penyakit dialami haiwan berkenaan, Jeffrey enggan mengulas lanjut.

“Kalau saya cakap hari ini nanti Rabu bagaimana, biarlah kita tunggu, biarlah kita pergi buat siasatan, kita tengok satu keputusan 25 Mei ini.

“Kita minta rakyat bersabar dulu, biar kita selesaikan masalah kita dengan baik, secara teratur, tak mahu lagi kecoh sana sini,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar