web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MRT AADK Beri Nafas Baharu, Perkasa Agenda Perangi Dadah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 3:10PM

MRT AADK merupakan inisiatif baharu yang dilaksanakan bagi membantu penagih mendapatkan semula 'kehidupan' selain memperkasa agenda memerangi dadah di Malaysia. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Rawatan Pemulihan Bergerak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (MRT AADK) adalah nafas baru dalam membantu penagih pulih tanpa elemen ‘tunggu dan lihat’.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Ramli Samad, berkata ia adalah satu inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu penagih mendapatkan semula ‘kehidupan’, sekali gus memperkasakan agenda memerangi dadah di Malaysia.

Jika sebelum ini, AADK hanya menunggu klien atau penagih tampil secara sukarela untuk diubati, inisiatif baharu tersebut katanya, memerlukan pegawai AADK pergi kepada klien untuk diberi rawatan.

“Ia adalah satu langkah yang positif buat AADK kerana dapat mempelbagaikan pendekatan untuk membantu memulihkan klien di seluruh pelusuk negara,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan baharu itu juga membuktikan kerajaan dan agensi bertanggungjawab tidak pernah kering idea untuk menyediakan perkhidmatan kepada penagih.

“Saya tidak pasti bagaimana pendekatan yang akan diguna pakai untuk inisiatif tersebut dilaksanakan secara berkesan namun sekurang-kurangnya mereka tak buat benda sama bertahun-tahun,” katanya.

Mengulas mengenai ‘benda sama’ yang dimaksudkannya, Ramli berkata, dadah diisytiharkan sebagai musuh negara sejak 1983 namun hakikatnya isu tersebut tidak pernah selesai.

“Pendekatan menghukum dengan undang-undang lapok sudah tidak boleh digunakan lagi. Bagaimana seseorang penagih mahu ‘menyerah diri’ untuk diubati jika ada akta yang membolehkan mereka dihukum?

“Kajian membuktikan bahawa penagihan adalah satu penyakit dan ia mesti diubati bukannya dihukum,” katanya.

Justeru, Ramli berkata undang-undang ‘warisan’ British yang diguna pakai di negara sejak tahun 1952 perlu dipinda agar bersesuaian dengan kajian sains dan data terkini, kerana ia terbukti tidak berkesan.

“Jika mahukan keputusan tahun 2022 maka kerajaan perlukan inisiatif tahun 2022, jika masih kekal dengan inisiatif tahun 1952 maka keputusannya juga akan sama,” tegasnya. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad