Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Khairy Ketuai Delegasi Malaysia 9 Hari Ke WHA 75 Geneva

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 1:46PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berlepas ke Geneva, Switzerland malam tadi bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75) dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif (Executive Board - EB) Sesi Ke-151 selama sembilan hari bermula 22 Mei ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, delegasi itu disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kanan kementerian.

Katanya, Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) berkenaan diadakan untuk membincangkan status pelaksanaaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manakala, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO pula bermatlamat memastikan pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus oleh Persidangan Kesihatan Sedunia.

“WHA adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan perhimpunan berkala dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar dalam bidang kesihatan negara anggota.

“Fungsi utama WHA adalah untuk meluluskan pelan strategik WHO dan belanjawan program selama dua tahun, menerima pakai resolusi menggariskan tugas WHO serta menyediakan garis panduan berkaitan kesihatan untuk negara anggota,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama dimaklumkan, selain mewakili negara di persidangan tersebut, kehadiran Khairy adalah atas kapasiti Naib Presiden mewakili Rantau Pasifik Barat.

Jelasnya, beliau dilantik sebagai ahli EB WHO mewakili Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region) bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024.

Ahli Lembaga Eksekutif WHO di peringkat kementerian adalah Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

Menurutnya, Khairy dijangka menyampaikan kenyataan negara (country statement) dan membuat intervensi ke atas agenda perbincangan pada mesyuarat terbabit.

Antaranya, Peace for Health (Keamanan Untuk Kesihatan) dan beberapa aspek kesihatan lain, seperti COVID-19 and Transitioning to Endemicity (COVID-19 dan Peralihan kepada Endemisiti), Vaccine Equity (Ekuiti Vaksin), National Healthcare System (Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan), Behavioural Sciences (Sains Tingkah Laku) dan Digital Health (Kesihatan Digital).

Selain itu, kenyataan sama memaklumkan, Menteri Kesihatan dijemput sebagai penutur (speaker) di Strategic Dialogue of Behavioural Science (Dialog Strategik Sains Tingkah Laku) yang diadakan sebagai acara sampingan WHA75.

“Ia adalah pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan penglibatan secara langsung KKM dan Malaysia dalam isu kesihatan global, termasuk pengurusan pandemik COVID-19.

“Jemputan ini juga meletakkan nama Malaysia di barisan hadapan bersama negara membangun yang lain dalam aspek rawatan dan penjagaan kesihatan, termasuk pendigitalan kesihatan,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk Malaysia merealisasikan hasrat menerajui dan mempromosi sains tingkah laku, teknologi serta inovasi dalam menggalakkan kehidupan lebih sihat

Khairy, katanya, akan turut memenuhi jemputan khas daripada Børge Brende, Presiden World Economic Forum (WEF) ke forum ekonomi tersebut di Davos, Switzerland, pada 24 dan 25 Mei 2022, sebelum kembali ke Geneva bagi mengikuti WHA75 dan EB151.

Beliau juga, jelasnya, akan menyertai sesi panel diskusi bersama jemputan menteri negara luar dan dijadualkan menyertai tiga panel diskus.

“Penyertaan Malaysia dalam WHA75 dan EB151 amat penting bagi memastikan kepentingan dasar kesihatan awam negara diberi pertimbangan sebaiknya oleh WHO dalam membuat sebarang keputusan.

“Selain menaikkan imej negara di persada global, kerjasama berterusan itu akan diterjemahkan sebagai usaha Malaysia dalam membangunkan sektor kesihatan secara holistik di dalam negara, mahupun di Rantau Pasifik Barat,” katanya - Getaran, 20 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 16 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan