web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Pinda Laporan Audit 1MDB: Pendakwaan Mahu Arul Kanda Jadi Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 1:51PM

Arul Kanda Kandasamy - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memohon untuk memanggil Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi terhadap tertuduh bersamanya dalam kes itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pasukan pendakwaan kes tersebut Datuk Seri Gopal Sri Ram membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Seksyen itu menyatakan bahawa dalam keadaan dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, mahkamah boleh atas permohonan bertulis Pendakwa Raya, mengkehendaki seorang atau lebih seorang daripada mereka memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan.

Sri Ram berkata Arul Kanda, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaskan keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu.

“Beliau (Arul Kanda) mempunyai maklumat dalam simpanannya yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh lain (Najib) berhubung mesyuarat tertentu yang diadakan pada Februari 2016 dan peristiwa selepas pertemuan itu,” kata Sri Ram.

Semasa menjawab permohonan itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata walaupun permohonan itu telah dibuat secara rasmi kepada mahkamah, pihak pendakwaan perlu memenuhi keperluan undang-undang.

“Mereka boleh membuat permohonan ini. Terdapat peruntukan yang mengawal dan terdapat kes dan peruntukan yang akan menyokong (permohonan).

“Adalah menjadi budi bicara Yang Arif sepenuhnya, berpandukan undang-undang dan sebagainya. Mereka (pendakwaan) perlu memuaskan hati mahkamah sama ada ia (permohonan) tertakluk dalam Seksyen 63 akta SPRM.

“Ia satu permohonan yang luar biasa, malah, pada zaman moden, ia mungkin kali pertama. Saya melihat isu permohonan ini termasuk isu yang bersifat perlembagaan,” kata peguam itu.

Peguam Datuk N. Sivananthan, yang mewakili Arul Kanda berkata beliau tidak akan membuat sebarang hujahan dan menyerahkan perkara itu kepada budi bicara mahkamah. 

“Kedudukan anak guam saya konsisten sehingga ketika dipanggil untuk siasatan kes. Terdapat prerogatif pendakwaan jika mereka mahu membuat permohonan itu,” kata Sivananthan dan menjelaskan bahawa pihak pendakwaan telah menyatakan dalam pernyataan pembukaannya pada awal perbicaraan mengenai hasratnya untuk memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan.

Dalam pernyataan pembukaan pendakwaan bertarikh 18 Okt 2019, Sri Ram berkata beliau bertanggungjawab memaklumkan mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai, pendakwa raya akan memohon secara bertulis di bawah Seksyen 63 Akta SPRM untuk memanggil tertuduh (Arul Kanda) untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.

Selepas mendengar hujahan lisan, Mohamed Zaini mengarahkan kesemua pihak supaya mengemukakan hujahan bertulis mereka dan menetapkan 30 Mei untuk mendengar permohonan itu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam