Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


PBD Terbaik Tapi Tak Sesuai Sekolah Malaysia, UPSR Lebih Berkesan!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 9:16AM

Pakar berpendapat Malaysia masih belum bersedia beralih kepada konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara menyeluruh sebagaimana diamalkan beberapa negara maju. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya pada 2021 tetapi baru-baru ini timbul ura-ura peperiksaan tersebut akan dilaksanakan semula.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad turut berpendapat, UPSR wajar dikembalikan semula kerana pelaksanaan peperiksaan tersebut lebih berkesan untuk sistem pendidikan di negara ini.

Katanya, negara masih belum bersedia beralih kepada konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara menyeluruh sebagaimana diamalkan beberapa negara maju seperti Finland, Sweden dan juga Australia.

“Dari segi konsep pendidikan yang terbaik sudah tentu PBD sebab cikgu tahu tentang perkembangan murid-murid. 

“Jadi cikgu orang paling tepat untuk mengukur, menilai dan mentaksir penguasaan murid. Itu dari segi teorinya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Namun beliau berkata, konsep PBD yang mula digunapakai pada 2016 hakikatnya tidak mengambil kira keadaan sekolah di negara ini.

“Misalnya bilik darjah kita terlalu ramai ada kira-kira 35 hingga 40 pelajar. Kalau kita nak laksanakan PBD, pelajar kena sekurang-kurangnya 20 orang.

“Bila kelas terlalu ramai, cikgu tak dapat melihat kemajuan murid secara individu. Lagipun konsep PBD kena banyak aktiviti di dalam kelas manakala kurikulum pula lebih ringan dan santai,” katanya.

Namun beliau berkata, keadaan itu berbeza di negara ini apabila silibus murid sekolah rendah terlalu padat.

“Macam mana cikgu nak nilai murid kalau mereka tak lakukan aktiviti, interaksi dan juga komunikasi di dalam kelas. Jadi pentaksiran itu tidak tepat.

“Apabila kita mansuhkan UPSR dan KPM melaksanakan PBD sepenuhnya, matlamat itu baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Susulan itu, katanya, beliau bersetuju apabila ramai ibu bapa merasakan konsep PBD tidak boleh dilaksanakan dengan baik di negara ini.

“Walaupun niat dan tujuan KPM bagus, PBD memang tak boleh dilaksanakan dalam konteks negara kita selagi mana saiz bilik darjah itu masih besar dan silibus tidak dikurangkan atau diringankan.

“Sebagai alternatif, KPM perlu kembalikan semula UPSR. PBD hanya boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun dari sekarang apabila kita bersedia mengubah suai bilik darjah, menyemak dan menambah baik semula kurikulum sekolah rendah,” katanya.

Menurut Anuar lagi, konsep PBD juga tidak sesuai dengan budaya sistem pendidikan di negara ini yang gemarkan persaingan antara sekolah.

“Umum mengetahui, budaya sekolah di Malaysia sukakan persaingan. Ramai nak tengok sekolah mana cemerlang tapi itu tak ada langsung dalam konsep PBD. 

“Konsep PBD tidak boleh dilakukan secara persaingan. Jadi kalau budaya persaingan itu kuat kepada cikgu ataupun sekolah, maka laksanakanlah UPSR, itu lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengesyorkan agar peperiksaan UPSR dilaksanakan semula secepat mungkin.

“Tahun ni pun boleh sebenarnya, tak ada masalah. Tahun depan pun boleh. UPSR bukanlah satu peperiksaan yang penting. Ia satu peperiksaan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

“Jadi pada saya ia boleh dilaksanakan secepat mungkin. Sekarang ini pun sesuai dilaksanakan kerana budaya sistem pendidikan kita dan cara kita berfikir lebih sesuai dengan UPSR,” katanya.

Bagaimanapun beliau berharap agar KPM mengkaji semula dan menambah baik sistem PBD yang disifatkan sebagai kaedah pentaksiran pendidikan terbaik.

“Walaupun hati saya kata PBD terbaik, tapi dalam konteks negara kita pelaksanaan UPSR itu lebih berkesan. PBD perlu ditambahbaik atau disemak semula untuk tempoh lima tahun akan datang. 

“KPM kena semak semula konsep tersebut, didik sekolah, guru besar dan cikgu-cikgu supaya mereka boleh melihat pendidikan bukanlah satu persaingan, barulah kita boleh bina semula PBD,” katanya.

Dr. Anuar turut mengesyorkan agar peperiksaan UPSR dilaksanakan semula secepat mungkin. - Gambar fail
Dr. Anuar turut mengesyorkan agar peperiksaan UPSR dilaksanakan semula secepat mungkin. - Gambar fail

Sementara itu, Anuar berkata, konsep PBD yang diambil dari luar negara sepatutnya difahami dan disesuaikan dengan sistem pendidikan negara ini agar tidak menimbulkan sebarang masalah.

Namun katanya, konsep tersebut tidak diambil secara menyeluruh sebagaimana yang berlaku hari ini.

“Kita ambil model dari negara luar tapi tak ambil setting sekali. Sepatutnya kita kena ambil sekali. Ibarat kalau makan tu tak boleh ambil isi sahaja kena ada kuahnya sekali barulah sedap makanan tu.

“Kalau ambil PBD dari Finland, di sana tak ada konsep sekolah paling cemerlang, semua sekolah adalah sama. Setiap guru diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk melaksanakan PBD,” katanya.

Menerusi cara itu, katanya, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dibawah pemantauan mereka.

“Kalau pelajar lemah, dia akan diberi intervensi atau pemulihan. Malah cikgu juga tahu kelemahan setiap muridnya dan cara memulihkan kelemahan itu. Itu cara mereka.

“Tapi mereka boleh buat begitu kerana kelas hanya ada 20 murid. Kalau sampai 42 murid dan satu hari pula kena mengajar lima kelas, mustahillah pada saya untuk kita laksanakan PBD secara berkesan,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

Semasa 13 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 12 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India