web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memandu Secara Berbahaya, Pemandu BMW Dicari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 1:27PM

BMW putih itu memandu dalam keadaan berbahaya dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis BMW bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memandu dalam keadaan berbahaya di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video yang tular, memaparkan sebuah BMW dipandu secara berbahaya.

Menurut beliau, pemandu itu diminta tampil pada kadar segera bagi melengkapkan proses siasatan.

"Siasatan awal mendapati, kereta BMW berwarna putih itu brek secara mengejut beberapa kali dan sengaja berhenti di lorong kiri serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Suspek dipercayai bertindak demikian untuk menahan sebuah lori seperti dipaparkan dalam video berkenaan," katanya hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis dibuat berhubung video berkenan, namun siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767," ujarnya.

Isnin lalu, tular video berdurasi dua minit 50 saat yang memaparkan sebuah kereta bertindak samseng di jalan raya dengan menekan brek secara mengejut untuk menahan sebuah lori.

Ia dipercayai dimuat naik menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi 16 Mei lalu. - Getaran, 19 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

2

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Video & Galeri 13 jam yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran