Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penghapusan AP Makanan Elak Monopoli Kartel - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 11:22PM

Ismail Sabri (tengah) hadir di Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghapusan permit import (AP) bahan makanan membolehkan semua pihak mengimport bahan asas makanan ke negara ini, tanpa dimonopoli golongan tertentu atau kartel yang akhirnya memanipulasi harga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan penghapusan AP itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan umumkan butiran lanjut berhubung keputusan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap NAFAS dapat mengambil kesempatan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pengimport makanan dari luar negara.

Beliau menjelaskan, seluruh rantai nilai pengeluaran ayam perlu dikuasai oleh pertubuhan tersebut, sekali gus menamatkan sebarang ugutan golongan tidak bertanggungjawab terhadap pihak kerajaan.

“Kalau NAFAS adalah pengeluar ayam, NAFAS boleh memohon untuk mendapatkan subsidi iaitu RM1.40 sekilogram. Kita harap NAFAS berjumpa MAFI supaya membuat permohonan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa AP bekalan makanan tidak lagi diperlukan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan bekalan makanan di dalam negara mencukupi.

Beliau berkata, dengan pemansuhan tersebut sesiapa sahaja kini boleh mengimport makanan masuk ke dalam negara.

Dalam pada itu, pada majlis sama, Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan sudah meluluskan bantuan RM200 sebulan yang disalurkan selama enam bulan kepada pesawah, sementara menunggu penuaian padi.

Beliau menambah, langkah bantuan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 kelak.

“Kita percaya kita adil kepada semua. Penoreh getah dapat, nelayan dapat dan hari ini pesawah juga dapat.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat dan kita tidak akan lupakan kepada jasa petani, nelayan dan penternak kerana hidup kita,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 orang Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.

“Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) ini akan disalurkan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di tujuh negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Ismail Sabri menambah, beliau berharap hala tuju NAFAS akan mengikut prinsip yang betul serta memperoleh hasil keuntungan sewajarnya.

“Saya yakin dan percaya perancangan masa depan NAFAS melalui iltizam ‘Lima Tekad NAFAS Dekad’ dapat meningkatkan taraf sosioekonomi ke arah mewujudkan masyarakat peladang yang berdikari, makmur dan progresif,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menyaksikan pengumuman agihan kadar dividen lapan peratus bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2021 - Getaran, 18 Mei 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 17 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 12 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi