Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hurungan Lalat Jadi Petunjuk Operasi SAR Di Gunung Suku

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 4:06PM

Anggota JBPM dan polis membawa keluar sebahagian anggota badan dipercayai seorang daripada 2 wanita yang hilang dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Petunjuk seperti hurungan lalat dan bau di sekitar kawasan kejadian antara fokus operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita dipercayai dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, Ahad lepas.

Timbalan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Umrani Che Mat berkata operasi SAR yang memasuki hari ketiga hari ini lebih memfokuskan kepada kawasan pencarian melibatkan laluan air daripada bawah hingga atas dianggarkan sejauh satu kilometer di kawasan kejadian. 

"Operasi gerak kerja hari ini lebih kepada penggunaan peralatan seperti cangkul dan skop. Ini kerana kita mengesyaki mangsa terlibat berada di bawah lumpur dan juga timbunan kayu dibawa kepala air berdasarkan kepada pemerhatian pasukan penyelamat yang menemukan sebahagian anggota badan mangsa berada di bawah lumpur dan timbunan kayu.

"Bagaimanapun, sehingga kini pasukan penyelamat masih belum mendapat sebarang petunjuk (penemuan mayat)," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Pos Atap Baru di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Beliau berkata 63 anggota penyelamat terlibat dalam operasi itu terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Persatuan Malim Gunung Negeri Perak, Unit Komunikasi RCRC Cameron Highlands serta Pertubuhan Bantuan Perubatan Kecemasan (TEMS).

Semalam, pasukan SAR menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di bawah timbunan kayu pada 10.20 pagi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Muhammad Shahrizal Aris dilapor berkata anggota badan itu ditemukan di lokasi berbeza dari lokasi sebelah kaki ditemukan petang Ahad yang mana anggota badan itu ditemukan di kawasan bawah manakala kaki dijumpai di kawasan air terjun iaitu di kawasan atas.

Pada Ahad, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata kedua-dua wanita itu dikenali sebagai See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46.

Beliau berkata semasa kejadian kira-kira 5 pagi, sekumpulan 29 pendaki gunung telah mendengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.

Namun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua orang pendaki gunung wanita yang berasal dari Cheras dan Klang, Selangor dipercayai telah dihanyutkan arus deras. - Bernama

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 11 jam yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia