web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Kematian, Dakwaan Buli Akan Ambil Kira Segala Aspek - HWCITF

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 2:05PM

Dr Siti Hamisah Tapsir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) memberi jaminan bahawa proses laporan dan syor kes kematian seorang doktor pelatih dan dakwaan kes buli di hospital awam akan mengambil kira segala aspek dan pandangan pelbagai pihak.

Pengerusinya, Profesor Datuk Ir TS Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya turut mengambil maklum pandangan umum berhubung keahlian pasukan petugas khas bebas ini.

“Perkara ini akan dilaksanakan dengan menekankan kepentingan prinsip keterangkuman dan saksama (inclusive and equitable) dalam sektor kesihatan, terutamanya aspek budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kakitangan kesihatan untuk memastikan penyampaian mutu perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan profesional,” katanya hari ini.

Jelas beliau, HWCITF yang ditubuhkan secara rasminya pada Jumaat lalu sudah bermesyuarat buat kali pertama secara maya semalam.

“Pada mesyuarat itu, HWCITF telah diberi taklimat berkenaan pengurusan Program Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPS) oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan taklimat inside melibatkan kematian PPS Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

“Antara agenda utama lain yang dibincangkan adalah mengenai pelan tindakan kerja HWCITF membabitkan kerjasama kakitangan perkhidmatan kesihatan KKM di semua peringkat, badan-badan profesional, agensi, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sektor kesihatan,” katanya.

Siti Hamisah berkata, ia juga bertujuan mendapatkan maklumat serta input bagi membantu usaha penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan.

Katanya lagi, HWCITF amat menghargai keprihatinan semua pihak berkaitan yang menunjukkan kesediaan untuk memberi kerjasama. 

“Diharap kerjasama ini akan dapat memberi impak tinggi kepada budaya kerja perkhidmatan kesihatan negara,” katanya.

Selain Siti Hamisah, pasukan bebas itu turut dianggotai lapan individu lain iaitu Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Hamidah Naziadin; Pakar Pediatrik, Profesor Dr Zabidi A M Hussin; Peguam, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla serta Pakar Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif IMU Healthcare, Dr Chong Su-Lin; Peguambela Pesakit Antarabangsa, Manvir Victor; Pakar Reka Bentuk Organisasi, Sivaramakrishnan Balasubramanian dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan tersebut adalah sebuah badan bebas yang keanggotaannya dinilai dan ditentukan oleh beliau sendiri.

Menurutnya, pasukan tersebut mempunyai enam fokus yang perlu diberi keutamaan, termasuk membuat analisa dan penilaian budaya kerja, pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan secara umum dan PPS secara khusus.

“Ia merangkumi aspek masa dan beban kerja, saluran aduan, kepimpinan, bimbingan dan latihan, penilaian prestasi, penyampaian perkhidmatan, serta peluang kerjaya. Pasukan itu juga akan menganalisa maklumat dan hasil siasatan insiden kematian PPS di HPP.

“Mereka akan memanggil dan mendapatkan penerangan mengenai budaya kerja serta proses pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan kesihatan.

“Ia akan melibatkan sesi taklimat dan libat urus bersama bahagian berkaitan, kakitangan KKM, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta mana-mana pihak atau individu berdasarkan keperluan,” katanya.

Malah, katanya, pasukan itu akan mencadangkan lantikan pihak perunding berkaitan kepada KKM bagi tujuan menyokong fungsi dan peranan pasukan tersebut jika perlu.

“Mereka juga akan menjalankan kaji selidik dan analisa berkaitan, selain menyediakan laporan penilaian, cadangan penambahbaikan budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan dan PPS.

“Laporan itu juga akan dibentangkan kepada saya dalam tempoh dua bulan dari tarikh penubuhan,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam