web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Kenal Pasti Kawasan Titik Panas Berisiko Berlaku Kebakaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 9:07AM

Bomba mengenalpasti beberapa kawasan titik panas seperti di Banting, Sepang dan Johan Setia di Selangor, di Miri dan bahagian pertengahan Sarawak selain selatan Sabah. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti adalah seperti di Banting, Sepang dan Johan Setia di  Selangor, di Miri dan bahagian pertengahan Sarawak selain selatan Sabah.

“Kita telah memobilisasikan aset dan keanggotaan berasaskan maklumat yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan JBPM Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut berkolaborasi dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta agensi berkaitan, bagi koordinasi dari segi pengurusan bencana yang melibatkan skala besar antaranya kebakaran hutan dan kebakaran struktur.

Selain itu, Mohammad Hamdan berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan penduduk tempatan, kerana terdapat kawasan yang mempunyai topografi yang amat mencabar, sekiranya berlaku kebakaran. 

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Monsun Barat Daya bermula Sabtu lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain, serta menghasilkan taburan hujan yang rendah. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar