web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usahawan Terkenal Tipu Pelanggan? Didakwa Jual Beg Berjenama Tiruan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 4:34PM

Ciapan yang menyebut seorang usahawan menjual beg tangan berjenama tetapi menipu pembeli.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang usahawan terkenal sekali lagi terpalit kontroversi apabila didakwa menipu pengikutnya, dengan menjual beg tangan berjenama tiruan.

Lebih mengejutkan, ada juga kalangan pengikut yang membeli beg didakwa sebagai ‘preloved’ itu tidak menerima barangan dijanjikan, walaupun membayar ribuan ringgit.

Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Syara Abdullah berkata, dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM4,500 apabila beg berjenama yang dibelinya itu rupa-rupanya adalah produk tiruan.

Menurutnya, kejadian bermula Jumaat lalu apabila dia tertarik dengan iklan jualan beg berjenama terpakai yang dilakukan usahawan terbabit.

“Setelah membuat pembayaran menerusi pemindahan atas talian sebanyak RM4,500, saya menerima beg tersebut melalui ‘runner’ di sebuah kondominium berhampiran Desa Melawati.

“Bagaimanapun, setelah memeriksa beg tersebut, saya dapati ia adalah beg tiruan dan bukannya yang asli seperti diiklankan,” dakwanya di Facebook miliknya.

Justeru, beliau membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak bagi membolehkan tindakan diambil terhadap usahawan terbabit.

Sementara itu, pada hantaran Facebook berbeza, Syara berkata tindakan beliau menularkan isu penipuan tersebut ternyata berhasil apabila semakin ramai mangsa tampil membuat pengakuan.

“Berguna jugalah posting (hantaran) aku viral, ramai yang terkena, please (tolong) hati-hati dengan dia (usahawan),” katanya. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad