web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perak Bangkit Isu Jalan Gerik-Jeli Teruk Kepada Kerajaan Persekutuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 9:11AM

Saarani Mohamad (tengah) menyaksikan penyerahan kunci Ipoh Heritage Tourism kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin (kiri) daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohamad Haris Kader Sultan (kanan) pada Majlis Perasmian Ipoh Heritage Tourism di Padang Ipoh, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Perak telah membangkitkan isu mengenai keadaan Jalan Gerik-Jeli kepada Kerajaan Persekutuan berikutan sering mendapat rungutan daripada pengguna jalan raya sebagai teruk dan tidak memuaskan selain sering berlaku kemalangan jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau sendiri mengetengahkan masalah berkenaan dalam Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri bersama-sama Perdana Menteri pada Februari lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar dan peka terhadap keadaan jalan berkenaan namun sebarang kerja-kerja penambahbaikan atau penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya kerana laluan itu merupakan jalan Persekutuan.

"Kalau ikut kepada janji dalam perjumpaan itu, memang sudah diambil kira dan akan ada peruntukan untuk membaiki dan selenggara jalan berkenaan dari Gerik ke Jeli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Ipoh Heritage Tourism di Padang Ipoh di sini malam tadi.

Beliau turut memberi pencerahan berhubung status jalan tersebut yang sebelum ini sering disalah tafsir oleh pengguna jalan raya sebagai jalan negeri.

"Kita ada dua jenis jalan iaitu jalan Persekutuan dan jalan negeri. Ia melibatkan Perlembagaan, wang untuk negeri...kita akan guna untuk jalan negeri.

"Jadi, peruntukan untuk jalan Persekutuan, kita tidak boleh mencampuri begitu, sama juga wang Persekutuan tidak boleh mencampuri jalan negeri, itu dalam Perlembagaan Negara.

"Tapi kita sentiasa lakukan tindakan susulan (isu jalan Gerik-Jeli). Sebab orang ramai tidak tahu mana satu jalan negeri dan jalan Persekutuan, kita sahaja yang tahu," katanya.

Sebelum ini, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya menerusi media sosial berhubung Jalan Gerik-Jeli yang dikatakan begitu teruk dan berisiko kepada keselamatan mereka. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad