web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Terima Puluhan Ribu Alamat IP Kongsi Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 8:55AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di Internet daripada pihak berkuasa antarabangsa sejak enam tahun lepas.

Bagaimanapun akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ACP Siti Kamsiah Hassan berkata sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.

Beliau berkata berikutan kekangan kakitangan terlatih untuk menapis dan meneliti maklumat diterima itu, hanya 103 alamat IP diperiksa yang membawa kepada penangkapan 50 individu.

“Maklumat yang diterima ini akan diteliti oleh unit siasatan Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC) D11 yang ketika ini hanya dianggotai tiga pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

“Oleh itu, D11 amat berharap peruntukan yang diumum kerajaan dalam Bajet 2022 melibatkan pertambahan perjawatan dan peruntukan kewangan dapat disalur dengan segera bagi memastikan bahagian ini dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani jenayah melibatkan kanak-kanak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tahun lepas berkata peruntukan sebanyak RM13 juta dan 100 jawatan baharu diberi kepada D11 bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.

Siti Kamsiah berkata kertas kerja perancangan D11 mengenai peruntukan yang diberi itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada Mac lepas, dan kini pihaknya menunggu serta mengharapkan maklum balas yang positif.

Beliau berkata melalui peruntukan itu, pihaknya bercadang untuk menubuhkan MICAC di setiap kontinjen polis dengan sekurang-kurangnya seorang anggota penyiasat berbanding hanya tiga pegawai penyiasat di peringkat Bukit Aman ketika ini.

Katanya ia berikutan kegiatan melayari termasuk memuat naik dan memuat turun kandungan lucah kanak-kanak dilihat semakin meningkat setiap tahun.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, pada 2017 hanya 46 alamat IP disyaki terlibat dalam kegiatan itu dan ia meningkat kepada 2,660 alamat IP pada 2018, 2019 (9,017 alamat IP), 2020 (18,508 alamat IP), 2021 (48,752 alamat IP) dan 14,385 alamat IP pada tiga bulan pertama tahun ini.

“Jumlah penahanan juga menunjukkan peningkatan iaitu pada 2017 hingga 2019 hanya dua individu ditahan, kemudian meningkat kepada 22 orang pada 2020 dan 24 individu pada tahun lepas, manakala untuk tiga bulan pertama ini, dua orang telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.

Menurutnya trend peningkatan itu amat membimbangkan malah terdapat agensi-agensi penguatkuasaan antarabangsa yang menawarkan kerjasama kepada PDRM untuk mempertingkatkan lagi tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

“Ini adalah masa yang amat perlu untuk kita memperkasakan Bahagian D11 dan unit MICAC dari segi perjawatan serta peralatan supaya lebih banyak data berkaitan kegiatan ini dapat dianalisis dan seterusnya membawa kepada penahanan mereka yang terlibat,” katanya.

Siti Kamsiah berkata penahanan pedofilia berusia 41 tahun berasal dari Lundu, Sarawak, yang dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan pada tahun lepas merupakan contoh penahanan yang dibuat melalui sistem perkongsian maklumat itu.

“Pedofilia itu bukan sahaja memuat naik video lucah kanak-kanak di ‘dark web’ atau web tertutup malah ada mengaku mencabul dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sejak dia belajar di sebuah universiti tempatan di Selangor pada 2002.

“Dia juga mengaku berkongsi perbuatan terkutuk itu dengan pedofilia lain di ‘dark web’ sekali gus menjadi dorongan perbuatan berkenaan diikuti oleh pedofilia lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad