Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kumpulan Hak Asasi Media, Ahli Politik Kecam Kekasaran Ke Atas Wartawan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:53PM

Orang ramai beratur panjang untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen di UTC Pudu Sentral, hari ini - Gambar oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan hak asasi media dan tokoh politik melahirkan kebimbangan berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan menakut-nakutkan dua wartawan dari The Vibes di luar pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral, di sini hari ini. 

Gerakan Media Merdeka (Geramm) telah mengecam tindakan pengawal keselamatan tersebut dan menjelaskan perkara itu sepatutnya boleh diselesaikan secara profesional oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia kerana cara intimidasi terhadap media akan memberi kesan buruk terhadap organisasi itu sendiri.

''Perlu ditegaskan media bertanggungjawab untuk menjalankan liputan di lapangan dan seharusnya diberikan ruang, sekiranya tidak dibantu, dalam semua keadaan,''  katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Ia menambah, undang-undang sedia ada di Indonesia mengenai tugas media harus dilihat sebagai contoh bagaimana profesion itu boleh ditegakkan di sini.

''Pengamal media di Malaysia seharusnya bersatu menuntut perlindungan untuk menjalankan tugas tanpa dihalang, apatah lagi dikasari. Di bawah undang-undang tersebut, tindakan menghalang media dari menjalankan tugas itu sendiri boleh dijadikan suatu kesalahan jenayah,'' katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika bercakap kepada The Vibes menyifatkan tindakan pengawal keselamatan itu sebagai mencabuli kebebasan media malah tiada keperluan untuk menakut-nakutkan wartawan daripada menjalankan tugas mereka.

Beliau turut menyentuh mengenai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan menyatakan bahawa kedua-duanya perlu bertanggungjawab serta memohon maaf kepada wartawan selain memastikan tindakan disiplin diambil ke atas pengawal keselamatan terbabit.

Ketika mengulas mengenai tingkah laku pengawal itu, beliau berkata pegawai keselamatan mungkin mengalami tekanan untuk melaksanakan arahan pihak atasan terutama dengan kehadiran orang ramai setiap hari.

Beliau menambah dengan aduan yang banyak dan orang ramai beratur panjang di jabatan berkenaan, seperti yang cuba dilaporkan oleh wartawan, ia adalah masalah besar disebabkan kekurangan perancangan yang betul dan ketidakcekapan pihak berkuasa.

"Negara sedang beralih ke fasa endemik, justeru kerajaan harus merancang dengan sewajarnya untuk menampung perubahan yang berlaku seperti peningkatan trafik di jabatan kerajaan."

 Maria Chin Abdullah - Gambar fail
 Maria Chin Abdullah - Gambar fail

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah memaklumkan The Vibes, layanan kasar terhadap media atau kepada sesiapa sahaja dalam hal ini, adalah 'tidak perlu dan terlalu sensitif'.

''UTC perlu bertanggungjawab terhadap kekasaran lisan tersebut dan mengadakan sesi taklimat kepada kakitangannya mengenai cara untuk melayan orang ramai dengan penuh hormat. Pengawal keselamatan nampaknya memainkan peranan membuat keputusan menghalau media atau menentukan pakaian wanita. Adakah kuasa ini yang diberikan oleh UTC?” soalnya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi media sosial berkata, memandangkan wartawan berperanan melaporkan kebenaran kepada orang ramai maka gangguan ke atas pengamal media perlu dihentikan.

Nada sama turut disuarakan Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long yang menggesa Jabatan Imigresen menjawab perkara berkenaan, sambil menambah intimidasi dan gangguan kepada wartawan adalah satu tindakan yang salah.

Terdahulu, dua wartawan The Vibes telah dimaklumkan bahawa mereka memerlukan kelulusan rasmi daripada pihak pengurusan untuk merakamkan gambar orang ramai yang beratur di sepanjang laluan.

Ketika mereka cuba menemuramah orang ramai, mereka telah diminta beredar dari premis berkenaan, jika tidak lebih ramai pengawal keselamatan akan dipanggil untuk menghalau mereka.

Pengawal berkenaan kemudiannya cuba untuk merampas telefon bimbit yang digunakan pengamal media terbabit selepas menyedari perbuatan mereka dirakamkan. Mereka telah menjerit kepada wartawan tersebut untuk beredar.

''Kamu perlukan kebenaran untuk berada di sini. Ini adalah UTC, kamu faham?,'' jeritnya kepada wartawan berkenaan. - The Vibes, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 8 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM