web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Bulan Berlalu, Penduduk Taman Sri Muda Masih Trauma

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 3:51PM

Keadaan di rumah Sundram selepas 6 bulan kejadian banjir besar melanda Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bencana banjir besar yang melanda Taman Sri Muda serta kawasan sekitarnya telah berlalu hampir setengah tahun namun penduduk yang terjejas masih belum dapat kembali ke kehidupan normal.

Perasaan putus asa ketara dalam kalangan penduduk yang berkumpul bagi membincangkan masalah mereka dan mengambil bahagian dalam tindakan saman bagi meminta kerajaan bertanggungjawab terhadap pengendalian bencana itu.

Salah seorang mangsa adalah Sundram, 54 tahun. Keluarganya bergantung kepada ihsan sanak saudara yang mahu membantu memberi tempat berteduh, kerana rumah mereka tidak boleh didiami disebabkan kerja pengubahsuaian yang belum siap.

''Anak saudara saya tidak dapat memahami apa yang berlaku, tetapi dia lapar, dan itu sahaja yang perlu kami berikan kepadanya."

Rumah dua tingkat yang menempatkan tujuh orang, termasuk anak saudaranya yang mengalami kurang upaya dari segi mental dan fizikal serta memerlukan bantuan asas, telah dinaiki air dengan cepat ketika hujan lebat pada Disember lalu.

''Apabila paras air mula naik melepasi buku lali, saya cuba menyelamatkan beberapa barang kami dengan mengalihkannya ke tempat yang lebih tinggi tetapi hujan tidak berhenti,'' katanya.

Beliau telah membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk memulihkan rumahnya.

Sarinderjit - Gambar oleh Alif Omar
Sarinderjit - Gambar oleh Alif Omar

Ibu tunggal, Sarinderjit, 51, telah melalui pengalaman mengerikan dan ia meninggalkan kesan kepadanya.

“Semasa banjir, arus sangat deras, dan saya rasa seperti boleh lemas pada bila-bila masa. Saya terpaksa berhati-hati ketika melangkah, kerana saya tidak tahu jika terdapat longkang dan saya mungkin terjatuh.

''Trauma masih menghantui sebahagian hidup saya kini,'' katanya, sambil menambah dia dan anak perempuannya yang berusia 16 tahun berjaya keluar dari rumah berkenaan di Taman Ixora selepas anggota keluarga lain mengatur bot untuk menyelamatkan mereka.

Selain itu, Sarinderjit berkata dia terpaksa mengambil beberapa pinjaman untuk menampung kos pembaikan rumah serta menggantikan peralatan elektrik dan perabot yang rosak.

Tambahnya, walaupun anak perempuannya berjaya menyelamatkan komputer riba yang digunakannya untuk kelas dalam talian, banyak buku dan bahan sekolah telah dihanyutkan air.

Zainuddin (kiri) berbual dengan Charles Santiago (tengah) mengenai keadaan rumahnya selepas banjir. - Gambar oleh Alif Omar
Zainuddin (kiri) berbual dengan Charles Santiago (tengah) mengenai keadaan rumahnya selepas banjir. - Gambar oleh Alif Omar

Sementara Zainuddin, 50, yang menetap di rumah di belakang Sundram, juga mengalami kerosakan yang sama. Dia memilih untuk terus tinggal di rumahnya sementara kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Sambil menunjukkan The Vibes keadaan di sekeliling, timbunan bingkai gambar-gambar keluarga berselerakan, manakala bahan binaan untuk pengubahsuaian memenuhi ruang hadapan rumah.

''Saya tidak sempat untuk membersihkan rumah kerana sibuk dengan kerja,'' katanya, sambil menambah keluarganya tidak dapat keluar dari rumah disebabkan banjir dan memperoleh bantuan daripada organisasi bukan kerajaan.

Jelas Zainuddin, keluarganya kerugian kira-kira RM15,000 melibatkan peralatan elektrik termasuk peti sejuk dan televisyen.

Charles Santiago melihat keadaan rumah Zainuddin yang dinaiki air, Disember lalu.
Charles Santiago melihat keadaan rumah Zainuddin yang dinaiki air, Disember lalu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bertemu penduduk di rumah Sundram, di mana penduduk dirujuk mengenai kemungkinan saman terhadap kerajaan.

Santiago memberitahu The Vibes, ketika ini perbincangan masih dijalankan dengan peguam Gurdial Singh Nijar bagi menentukan butiran saman seperti siapa yang akan dinamakan sebagai defendan dan kes itu akan menuntut pampasan yang sewajarnya bagi mangsa banjir.

Ketika ini, lebih 110 orang dari Klang dan Taman Sri Muda telah meluahkan hasrat untuk terlibat dalam tuntutan saman oleh firma guaman terbabit.

Banjir yang berlaku di sebahagian besar Lembah Klang pada Disember tahun lepas, telah mengorbankan 12 nyawa, dengan kebanyakannya adalah penduduk Shah Alam.

Ia mengakibatkan kebanyakan rakyat Malaysia menyelar kerajaan menerusi media sosial kerana lambat bertindak, sebaliknya sukarelawan lebih efisyen membantu mangsa banjir. - The Vibes, 14 Mei 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan