web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HRD Corp, Microsoft Jalin Kerjasama Perkasa Belia Orang Asli

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 12:35PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) akan bekerjasama dengan Microsoft dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur dan program pembangunan modal insan bagi memperkasa belia Orang Asli di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan ketika pertemuan dengan Microsoft semasa lawatan kerjanya ke Washington, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai permulaan kepada inisiatif itu, HRD Corp akan melaksanakan satu projek perintis untuk belia Orang Asli di Tapah, Perak, yang dijangka memberi manfaat kepada 100 keluarga sebelum ia diperluaskan kepada seluruh masyarakat itu. 

"Kerjasama ini akan menggabungkan kekuatan kedua-dua organisasi dalam memperkasakan belia Orang Asli menerusi penggunaan teknologi yang akan meningkatkan kemahiran serta keupayaan berfikir," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata sasaran utama program tersebut adalah untuk menggalakkan belia, khususnya komuniti Orang Asli, menambah baik diri mereka secara proaktif, seterusnya membuka peluang kepada mereka menempatkan diri dalam dunia pekerjaan serta keusahawanan.

Beliau optimis kerjasama itu akan memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli menerusi program berimpak tinggi membabitkan segmen teknologi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan