web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN Tegas Dalam Isu Antarabangsa Semasa Pertemuan Dengan Biden - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 8:58AM

Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyertai Joe Biden (kiri) dan pemimpin ASEAN bertukar pandangan mengenai isu serantau pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON D.C - Pemimpin ASEAN kekal tegas dalam beberapa isu antarabangsa semasa pertemuan mereka dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin ASEAN juga menunjukkan pendirian bersama ketika membincangkan isu Rusia-Ukraine dan Laut China Selatan.

ASEAN mahu krisis Rusia-Ukraine diselesaikan melalui meja rundingan, katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi akhir sidang kemuncak khas dua hari itu bersama Presiden Biden dan pemimpin ASEAN.

“Perang tidak menguntungkan sesiapa. Malah banyak pihak yang rugi kerana kesan perang itu,” katanya.

Dalam konteks ini, Malaysia, kata beliau, berpendapat AS harus menggunakan pengaruhnya untuk membantu menyelesaikan krisis Rusia-Ukraine.

Ismail Sabri berkata Malaysia menegaskan bahawa negara-negara Asia Tenggara turut terjejas akibat perang itu terutamanya dari segi kenaikan inflasi serta harga makanan dan oleh itu mahu perang tersebut diselesaikan secara aman.

Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan penuh ke atas Ukraine, beberapa hari selepas Kremlin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata ASEAN juga bertegas dalam pendiriannya bahawa laluan itu perlu bebas daripada campur tangan luar.

“Laut China Selatan mesti kekal bebas seiring dengan kebebasan navigasi yang berdasarkan perundangan antarabangsa. Ia beri kesan pada rantaian bekalan jika wujud konflik di kawasan itu,” katanya.

Pemimpin Malaysia itu menyeru semua negara menghormati pendirian ASEAN dalam perkara itu.

China, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam adalah pihak yang menuntut untuk sebahagian besar atau sebahagian daripada sumber asli Laut China Selatan yang kaya dan isu-isu itu tidak dapat diselesaikan sejak beberapa dekad.

“Solidariti ASEAN dalam isu-isu antarabangsa jelas semasa perbincangan dengan Presiden Biden. Prinsip ASEAN zon aman, bebas dan berkecuali diterjemahkan dalam pertemuan itu,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin semasa pertemuan itu dan menggesa Washington menggunakan pengaruhnya dalam menyelesaikan isu itu.

“Kekejaman Israel perlu dihentikan. Malaysia menekankan Amerika Syarikat perlu jujur selesai isu tersebut.

“Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita nak Amerika Syarikat mengambil tindakan cepat bagi isu Palestin,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau turut membangkitkan isu Myanmar semasa pertemuan itu dan keperluan Konsensus 5 Perkara dipatuhi dalam menyelesaikan konflik itu.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua pemimpin ASEAN kecuali dari Myanmar dan Filipina. Myanmar tidak dijemput manakala Filipina sedang menghadapi pilihan raya umum.

Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri sidang kemuncak itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh turut hadir. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad