web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Bertemu Presiden Biden, Pemimpin ASEAN Di White House

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:09AM

Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Joe Biden di White House. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON D.C - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN di White House pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Presiden Biden mengadakan pertemuan dengan para pemimpin ASEAN untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula Khamis.

Ismail Sabri menyertai Biden dan pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan di perkarangan White House. 

Ismail Sabri (dua, kanan) bersama Biden (tengah) dan pemimpin ASEAN bergambar di pekarangan White House. - Gambar AFP
Ismail Sabri (dua, kanan) bersama Biden (tengah) dan pemimpin ASEAN bergambar di pekarangan White House. - Gambar AFP

Mereka kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Biden di White House.

Sidang kemuncak khas dengan pemimpin negara Asia Tenggara itu kali kedua dianjurkan oleh Presiden AS di negara ini.

Pada Februari 2016, Presiden ketika itu, Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California.

Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri pertemuan kali ini ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh juga menghadirinya.

Filipina yang kini mengadakan pilihan raya umum diwakili Setiausaha Luar Teodoro Locsin Jr.

Tiada wakil dari Myanmar, negara di bawah pemerintahan junta berikutan rampasan kuasa 1 Februari 2021.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pentadbiran Biden menetapkan sebagai keutamaan untuk menjadi rakan yang kukuh dan boleh dipercayai di Asia Tenggara.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS secara maya pada Oktober tahun lepas, Biden mengumumkan US$102 juta dalam inisiatif baharu untuk mengembangkan penglibatannya dengan ASEAN.

Ia meliputi pemulihan COVID-19, kesihatan, keselamatan, menangani krisis perubahan iklim, merangsang pertumbuhan ekonomi yang meluas dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan