web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Ditemui Mati Gantung Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 11:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Firasat buruk dimiliki seorang adik selepas berkali-kali gagal menghubungi telefon bimbit abangnya menjadi kenyataan, apabila lelaki itu ditemui mati tergantung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 2.54 petang.

Menurut beliau, adik si mati terdahulu pada jam 9.30 pagi telah menghubungi telefon bimbit abangnya namun panggilan tersebut tidak berjawab.

“Merasakan ada yang tidak kena, lelaki terbabit pergi ke rumah abangnya di Kampung Bahtera, Wira Damai, Pinggiran Batu Caves sebelum mendapati ia berada dalam keadaan berkunci.

“Adik si mati terus menghubungi telefon bimbit lelaki berkenaan dan dengar bunyi deringan di ruang tamu rumah. Dia terus memecahkan pintu rumah dan melihat abangnya sudah tergantung di bahagian dapur rumah,” katanya hari ini.

Zainal Mohamed berkata, maklumat daripada adik si mati menyatakan, abangnya yang juga seorang pemandu lori telah menetap di rumah tersebut sejak sembilan tahun lepas bersama isteri dan dua anak.

“Namun, sejak tiga tahun lepas lelaki itu tinggal bersendirian kerana mempunyai masalah keluarga, menyebabkan isteri dan dua anaknya berpindah ke Ipoh.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, ia adalah sebuah rumah lot setingkat yang memiliki tiga bilik,” katanya.

Jelas Zainal Mohamed, lelaki India berusia 48 tahun itu dipercayai mengikat tali nylon ke syiling dan seterusnya berdiri di atas kerusi, sebelum melompat.

“Siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah kerana barangan peribadi si mati seperti dompet dan telefon bimbitnya masih berada di ruang tamu rumah.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Jelas Zainal Mohamed, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Polis Selayang, Sub Inspektor Azmi Omar di talian 03-61262222,” katanya. - Getaran, 12 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar