web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Minta Jenazah Ahmad Naim Najmi Disemadi Berdekatan Pusara ‘Tokki’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 9:24PM

Rosnah tidak dapat menahan kesedihan dengan pemergian cucu kesayangannya dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Jenazah mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, akan disemadikan berdekatan pusara datuknya di Tanah Perkuburan Pantai Penunjuk Kijal di sini.

Menurut ibu saudaranya, Syatila Abdullah, 39, ia adalah hasrat disuarakan bapa Allahyarham, Ahmad Hafizan Abdul Rahman ketika menghubunginya awal pagi tadi.

“Bapa Ahmad Naim Najmi ada hubungi kami semalam memaklumkan dia mahu jenazah anaknya disemadikan berdekatan kubur datuk mangsa yang digelar ‘tokki’, Abdullah Sulung.

“Ahmad Naim Najmi dengan tokkinya sangat rapat dan kami baru sahaja kehilangan ayah (Abdullah) pada Disember lepas,” katanya kepada Getaran.

Ahmad Naim Najmi yang berasal dari Chukai adalah antara lima penuntut rentung dalam tragedi di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi.

Kesemua mangsa adalah pelajar semester dua Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Syatilah berkata, berita pemergian Ahmad Naim Najmi atau lebih mesra dengan panggilan along sangat mengejutkan ahli keluarga.

Luahnya, mereka bagaikan tidak percaya dan berkali-kali meminta bapa Ahmad Naim Najmi mengesahkan nahas berkenaan.

“Masa kami dihubungi bapanya pada jam empat pagi memang sangat tak percaya betul ke Naim (Ahmad Naim Najmi) terlibat. Memang kami suruh bapanya periksa dan sahkan betul ke.

“Sampai jam enam pagi, bapanya hubungi kami semula dan kata betul. Bila saya dengar sahaja sukar nak gambarkan bagaimana hiba dan sedihnya perasaan kami,” katanya.

Nenek mangsa, Rosnah Abu Bakar, 65, berkata, dia masih terkesan dengan pemergian suaminya dan kini meratapi kehilangan cucu kesayangannya.

Ujar Rosnah, cucunya ada berjanji menghabiskan cuti semester pada bulan depan untuk pulang ke kampung menemaninya.

“Semua ahli keluarga jumpa Naim masa pulang berhari raya 29 April, dia ada berjanji untuk tinggal dan nak habiskan cuti semesternya di kampung,” katanya.

Jelasnya, solat jenazah Ahmad Naim Najmi akan dilakukan selepas solat Isyak malam ini di Masjid Permaisuri Bainun, USAS dan dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halamannya. - Getaran, 12 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan