web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Rentung, Kereta Terbakar Dalam Kemalangan Dengan 2 Treler

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 10:14AM

5 orang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan 2 treler membawa muatan besi dan muatan mozek di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lima rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua treler membawa muatan besi dan muatan mozek di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 12.52 tengah malam.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan bantuan daripada BBP Meru Raya, Kamunting dan Ipoh sebaik menerima panggilan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

5 orang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua treler membawa muatan besi dan muatan mozek di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi.
5 orang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua treler membawa muatan besi dan muatan mozek di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi.

Menurutnya, kereta jenis yang belum dikenal pasti dan treler jenis Volvo 20 tan membawa muatan besi dinaiki seorang lelaki mengalami kebakaran sebanyak 90 peratus manakala sebuah lagi treler jenis sama membawa muatan mozek dinaiki dua lelaki tidak mengalami kebakaran.

Katanya, lima mangsa terbabit disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital manakala tiga lelaki yang menaiki dua treler itu dilaporkan selamat.

Beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini dan mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran