web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Mencabul, ADUN Permatang Pasir Sahkan Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 5:01PM

Muhammad Faiz menafikan tuduhan cabul yang didakwa membabitkannya dan bercadang menyaman pihak-pihak yang mengaitkan beliau dengan kes itu. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil mengesahkan beliau telah memberi keterangan kepada polis, berhubung kes cabul yang didakwa membabitkannya.

Faiz, yang juga ahli jawatankuasa nasional parti Amanah, turut menafikan melakukan perbuatan tersebut dan bercadang untuk menyaman mana-mana pihak yang mengaitkan beliau dengan kes itu.

Keterangan Faiz diambil pada 18 Mac lalu.

“Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

“Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk membersihkan nama saya,'' katanya.

Faiz menegaskan, tugas sebagai wakil rakyat akan diteruskan seperti biasa, dengan fokus kepada usaha menegakkan demokrasi dan keadilan sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Khalid Othman berkata, seorang ADUN dari sebuah negeri di utara Semenanjung dituduh mencabul seorang pembantu kedai yang juga ahli partinya dua minggu lalu.

Tertuduh didakwa bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di Subang, apabila cuba memegang tangan wanita tersebut sebelum ditepis.

Wanita itu yang membuat laporan polis pada 16 Mac lalu, juga mengadu bahawa beliau diraba, manakala bahunya ditarik semasa mereka berdua berada di dalam kereta suspek.

“Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu," kata Khalid hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut. – Getaran, 23 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

2

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cabul Murid Darjah 1, Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad