web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Lega Warga Singapura Terus Berbelanja Di Johor, Bantu Ekonomi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 6:42PM

Tinjauan suasana orang ramai membeli-belah di Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Biarpun hasil jualan mereka bukan bergantung sepenuhnya kepada pelanggan dari Singapura, peniaga di daerah ini amat bersyukur apabila sempadan kedua-dua negara dibuka semula pada 1 April lalu, memandangkan pembeli dari republik itu turut membantu mereka menjana ekonomi lumayan.

Malah, lebih membuatkan mereka menarik nafas lega apabila kesesakan kewangan dialami mereka ketika pintu masuk negara ditutup akibat pandemik COVID-19, beransur pulih.

Tinjauan Getaran di sekitar Johor Bahru mendapati, majoriti peniaga sudah dapat memulihkan semula ekonomi perniagaan mereka sejak awal bulan lalu.

Semakin menggembirakan, apabila sempadan negara dibuka sebulan sebelum menjelangnya Aidilfitri yang membuatkan mereka mampu memperoleh pendapatan berlipat kali ganda.

Bagi pemilik kedai kain, Tan Swee Hong, dia mengakui jualannya meningkat sejak April, berbanding dua tahun lalu.

Tan Swee Hong
Tan Swee Hong

“Memang banyak bezanya dua tahun lalu. Pelanggan tempatan tu memang ada cuma kerana pelanggan Singapura tidak boleh datang ke sini (Malaysia), memang hasil jualan pun kurang.

“Selepas sempadan buka, memang kita terima banyak pelanggan dari Singapura sehingga menjelang raya,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan lebih 26 tahun.

Swee Hong berkata, pastinya dia dan mana-mana peniaga berharap tidak akan berulang situasi penutupan sempadan negara kerana mereka tidak sanggup berdepan masalah ekonomi.

Katanya, sepanjang dua tahun pandemik, dia terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung kos operasi perniagaan, seperti sewa kedai, gaji pekerja dan bil utiliti.

Warga Singapura, Nasrudin Mohd Sapian, 55, pula berkata, dia dan keluarga berasa puas dan umpama melepaskan geram apabila dapat membeli-belah di Johor Bahru.

Ditanya mengapa daerah itu menjadi pilihan sebagai destinasi membeli-belah, dia berkata, ramai warga republik berkenaan memilih berbelanja di situ kerana harganya jauh lebih murah, selain menawarkan banyak pilihan.

“Mata wang antara Malaysia dan Singapura tiga kali ganda. Maksudnya, kalau belanja tu, belanja sakanlah.

“Selain membeli barangan keperluan, ada yang akan masuk (datang Johor) untuk makan, spa dan mengurut serta macam-macam,” kata pemandu peribadi yang menetap di Jurong West itu.

 Nasrudin Mohd Sapian
Nasrudin Mohd Sapian

Manakala bagi Norma Mohd, 63, dia memang selalu ke negeri itu untuk membeli-belah dan selepas sempadan dibuka semula, dia dan keluarga ke situ seminggu selepas Aidilfitri.

“Saya baru masuk ke sini walaupun sempadan sudah dibuka bulan lalu, sebab saya tahu akan berlaku kesesakan lalu lintas dan ramai orang berbelanja di sini, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa lalu.

“Saya nak membeli-belah sambil pergi urut. Saya selalu kalau datang ke Johor memang untuk pergi ke spa dan beli barang keperluan dapur,” katanya yang tinggal di Bukit Batok.

Sejak Mac 2020, sempadan menghubungkan dua negara itu ditutup akibat krisis kesihatan terbabit, sekali gus menjejaskan ekonomi peniaga di daerah berkenaan.

Norma Mohd
Norma Mohd

Bagaimanapun, kedua-dua negara mengumumkan pembukaan semula sempadan secara serentak bermula 12 tengah malam, 1 April lalu.

Pembukaan itu menyaksikan semua pengembara yang lengkap divaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar