web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu Kembali Meningkat, 4 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 11:11AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara kembali meningkat dengan 2,153 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,458,889 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,151 kes tempatan dengan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak empat kematian baharu direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selangor mencatatkan dua kematian manakala Kedah dan Perak masing-masing satu kes.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,583 dengan 7,533 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 25,556 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.7 peratus atau 21,363 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 30 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,026 orang atau 4.8 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 88 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,869 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,400,750 kes.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.64 dengan Pulau Pinang mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.82, diikuti Melaka (0.80), Kuala Lumpur (0.74) manakala Kelantan dan Kedah masing-masing 0.70. - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad