web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Wujud ‘Kabel’, Potong Giliran Haji - Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 4:16PM

Bakal jemaah haji dan umrah dinasihatkan supaya mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) semasa yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak wujud isu ‘kabel’ atau kuota orang kenamaan bagi mempercepatkan giliran menunaikan haji.

Jaminan itu diberikan Tabung Haji seperti dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, tindakan tidak baik itu juga seakan menidakkan hak orang yang disenaraikan untuk rukun Islam kelima berkenaan.

“Tak elok kalau kita nak pergi haji sehingga terpaksa memotong nama orang yang sudah naik (disenaraikan). Apapun kita doa kalau dah sampai giliran akan pergi.

“Mengenai senarai menunggu, ia mempunyai kriteria tertentu yang menjadi keutamaan TH.

“Kalau tiada kuota tambahan ataupun semua yang disenaraikan itu tiada masalah dan layak untuk menunaikan haji, jadi tiada kejayaan kepada senarai menunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Parlimen Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa menasihatkan bakal jemaah haji dan umrah supaya mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) semasa ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Jemaah, katanya, diminta mematuhi SOP terbabit untuk memastikan mereka berdisplin agar perjalanan menjadi lancar dan teratur. 

Malah, jelasnya, bagi penyediaan setiap SOP, ia sudah difikirkan dan dikaji secara teliti.

Jadi, katanya, sebarang pelanggaran kepada SOP akan menjejaskan kelancaran urusan haji.

Sementara itu, mengulas isu penjualan produk berunsurkan penawar dan sunnah yang semakin berleluasa di pasaran, Ahmad Marzuk menasihatkan peniaga agar tidak mempromosikan produk dengan meletakkan tarikan tertentu, termasuk unsur keagamaan sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.

Tegasnya, pengusaha produk terbabit perlu benar-benar memahami apa dimaksudkan dengan sunnah.

“Adakah sama ada ia benar-benar seperti dimaksudkan atau sebaliknya. Pastikan produk hendak dijual bertepatan dengan tajuk dipromosikan. 
 
“Sebagai contoh, ada produk bihun menggunakan lambang masjid, namun ia tidak mempunyai sijil halal. Perkara sebegini boleh mengelirukan pengguna, terutama mereka beragama Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada sudut kepenggunaan, orang ramai boleh merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan membuat laporan sekiranya ada sebarang peraturan berunsur penipuan.

"Pegawai KPDHNHEP ada di setiap kawasan Parlimen yang ditugaskan untuk menerima aduan berkaitan dengan kesalahan dari segi kepenggunaan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada KPDNHEP untuk hal sebegini termasuk membuat pemantauan," katanya. - Getaran, 7 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad