web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,251 Jangkitan Baharu, 7 Kematian 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 11:29AM

Sebanyak 7 kematian baharu direkodkan semalam dengan 2 kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara kekal di bawah paras 2,000 kes dengan 1,251 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,455,364 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,242 kes tempatan dengan sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh kematian baharu direkodkan semalam dengan dua kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,576 dengan 7,530 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 25,517 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.6 peratus atau 24,396 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,026  orang atau 4 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 76 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,181 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,394,271 kes. 

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.52 dengan Pulau Pinang mencatatkan nilai Rt tertinggi, iaitu 0.76, diikuti Melaka (0.75), Kuala Lumpur (0.72), Kedah (0.68), Pahang (0.67), Johor (0.64), manakala Sabah dan Perak masing-masing 0.62. - Getaran, 7 Mei 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad