web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Larang Kutipan Derma Di Rumah Ibadat Tanpa Kelulusan MAIS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 6:59PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang individu atau kumpulan memungut sumbangan lain di masjid, surau dan musolla kecuali selepas mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Larangan itu termasuk membabitkan pemilik sekolah swasta Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, larangan itu berikutan kebimbangan baginda terdapat pihak mengambil kesempatan menggunakan wang sumbangan tersebut bagi kepentingan peribadi atau kekuasaan dan pengaruh, selain menguatkan lagi kumpulan yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Malah katanya, baginda turut tidak berkenan wujudnya individu atau pihak yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati umat Islam.

“Larangan itu juga termaktub mengikut Seksyen 106 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2018.

“Adalah ditegaskan bahawa tindakan mana-mana orang membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi maksud khairat dan manfaat agama Islam tanpa surat kebenaran MAIS adalah suatu kesalahan mengikut subseksyen 106 (4) Enakmen sama,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, individu atau kumpulan ingkar larangan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kutipan khairat bagi apa-apa tujuan oleh mana-mana pihak selain untuk tujuan dan manfaat kepada masjid, surau dan musolla di bawah pentadbiran masing-masing.

“Pada masa sama, penerimaan dan perbelanjaan wang atau sumbangan yang sah hendaklah diaudit serta dilaporkan kepada JAIS,” katanya.

Susulan larangan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang sumbangan bagi memastikan aktiviti kutipan khairat tanpa kebenaran tidak lagi berlaku di Selangor.

“Orang ramai juga boleh menghulurkan derma atau sumbangan sedekah secara terus kepada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) yang diuruskan JAIS,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad