web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Doktor Pelatih, Budaya Buli Di Hospital Awam, KKM Tubuh Taskforce

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 5:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan pasukan petugas bebas (taskforce) bagi menyiasat laporan kematian seorang doktor pelatih dan dakwaan budaya buli yang berlaku di hospital awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah menerima laporan awal mengenai kematian tersebut.

Katanya, polis juga sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Saya sudah menerima laporan awal mengenai kematian seorang doktor pelatih dari Ketua Jabatan mendiang di Pulau Pinang. Pihak polis juga sedang lengkapkan siasatan. 

“KKM Putrajaya akan menubuhkan sebuat ‘taskforce’ bebas untuk siasat kes ini dan juga budaya ‘buli’ yang didakwa berlaku,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut senada dengan Khairy sambil menegaskan budaya buli dalam kalangan doktor pelatih tidak boleh dikompromi.

Katanya, budaya buli adalah salah dan tidak boleh diterima di mana-mana, terutamanya di hospital.

“Kami sedang menunggu siasatan polis diselesaikan dan laporan bedah siasat termasuk keputusan ujian makmal,” katanya.

Terdahulu, seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut terjatuh selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

Kejadian itu berlaku pada 17 April lalu, dua minggu selepas mangsa menjalani latihan di hospital terbabit.

Dalam kenyataan kelmarin, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya masih menunggu ujian makmal sebelum melengkapkan laporan siasatan kematian doktor pelatin itu.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma'arof Sudin mengesahkan mangsa Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri di negeri itu pada 4 April lalu.

Pada masa sama, polis mengesahkan sudah merakam keterangan daripada doktor dan rakan serumah mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata siasatan termasuk berhubung punca kematian Pegawai Perubatan Siswazah berusia 25 tahun dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu sedang giat dijalankan.

“Polis juga akan mengambil keterangan daripada ahli keluarga doktor pelatih terbabit dalam masa terdekat, mungkin minggu ini, bagi membantu siasatan kes itu.

“Buat masa ini, polis masih mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kematian mengejut. Siasatan mengenai punca kematian masih diteruskan,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad