web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Kota Pulang Selepas Aidilfitri, Trafik Lebuh Raya Utama Sesak

Semasa · Diterbitkan pada 06 May 2022 5:03PM

Beberapa lebuh raya utama mengalami peningkatan aliran trafik sehingga menyebabkan kesesakan hari ini. - Gambar dari Twitter @plustrafik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa lebuh raya utama mengalami peningkatan aliran trafik sehingga menyebabkan kesesakan, susulan kepulangan warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung halaman.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik tinggi dikesan di Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan sejak awal pagi hari ini.

Menerusi kemas kini terbaharu di Twitter, LLM memaklumkan lima kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan sedang mengalami kesesakan.

“Pada jam 3.16 petang, trafik tinggi di Sungai Petani-Bertam sejauh tujuh kilometer (km), Bertam-Sungai Dua (7.8 km), Permatang Pauh Perai (2.1 km), Juru-Bandar Cassia (15.2 km) dan Jawi-Bandar Baharu (5.4 km).

“Kesesakan tersebut dilaporkan berlaku ke arah selatan, manakala laluan ke utara agak lengang,” katanya.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, LLM melaporkan kesesakan di empat lokaliti, iaitu di Jasin-Ayer Keroh (6.9 km) dan Pedas Linggi-Port Dickson (16.5 km).

“Manakala Simpang Renggam-Sedenak menghala ke Selatan mengalami kesesakan 8.3 km,” ciapnya.

Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula, LLM melaporkan kesesakan sejauh 16.7 km di laluan Karak-Plaza Tol Bentong menghala ke ibu negara.

Sementara itu, ANIH Berhad (ANIH) melaporkan terdapat peningkatan aliran trafik di Bentong-Bukit Tinggi yang kini mengalami kesesakan sejauh 8.8 kilometer.

“Kesesakan berpunca daripada laluan pendakian berbukit dan peningkatan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad