web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tulis Ayat Al-Quran Atas Wang Umpama Hina Kesucian, Kehormatan Kalimah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 3:14PM

Perkongsian seorang peniaga makanan di media sosial mengenai wang kertas tertera ayat Al-Quran yang diterimanya, baru-baru ini menjadi tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang peniaga makanan di media sosial bahawa beliau menerima wang kertas daripada pelanggan yang tertera ayat Al-Quran, baru-baru ini mengejutkan dan mencetuskan tanda tanya ramai berhubung kewajaran untuk seseorang menulis kalimah suci di atas helaian itu.

Mengakui tidak mengetahui siapa individu yang membayar menggunakan wang RM10 itu dan hanya menyedarinya ketika mengira hasil jualan harian, peniaga berkenaan turut bertanya apa maksud di sebalik tulisan terbabit.

“Habis meniaga semalam, tengah kira duit meniaga terjumpa duit ini, apa maksudnya?,” katanya ringkas menerusi gambar wang tertera ayat Al-Quran menggunakan pen berdakwat merah.

Manakala laporan di sebuah media tempatan mengatakan, situasi dialami peniaga itu mungkin disebabkan sikap pemilik terdahulu wang itu yang menulis perkataan terbabit sebagai penarik rezeki atau ‘tangkal pelaris’ kehidupan.

Berdasarkan kenyataan itu, tidak dinafikan walaupun dalam dunia serba moden hari ini, masih ada segelintir orang yang menggunakan tangkal pelaris dalam pelbagai bentuk dengan tujuan untuk menarik rezeki.

Laporan itu memaklumkan, kaedah menulis ayat Al-Quran di atas sekeping wang yang kononnya sebagai penarik rezeki adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan diharamkan kerana ia mengandungi elemen syirik.

Perkongsian portal media itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook yang mengkritik perbuatan terbabit.

“Tak ada tarik-tarik rezekinya. Apa yang kita dapat hari ini adalah apa yang ditetapkan. Bertambah atau berkurang rezeki mengikut perbuatan usaha itu cuma satu dugaan kepada akal, sama ada akal itu mahu tunduk beriman terhadap Allah atau tidak,” komen Mohd Azmi.

“Syirik kepada Allah, tidak percaya rezeki ajal maut Allah tentukan,” kata Tetamu Senja

“Ayat-ayat Al-Quran tu bagus. Tapi perlu amalkan atau baca setiap hari, bukan tulis atas kertas atau duit,” tulis Achiela Shat.

Mohd Yusof Ahmad
Mohd Yusof Ahmad

Mengulas mengenai isu berkenaan, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, tindakan menulis ayat Al-Quran di wang kononnya atas kepercayaan ia boleh membantu seseorang memperoleh rezeki lebih banyak adalah tidak benar.

Jelasnya, perbuatan itu hendaklah dihentikan.

Ditanya adakah tindakan terbabit seolah-olah menghina ayat Al-Quran, termasuk apabila wang yang mempunyai tulisan suci itu bertukar tangan dan diletakkan di merata tempat, beliau mengakuinya.

“Benar. Kesucian dan kehormatan ayat Quran wajib dipelihara.

“Perbuatan itu hukumnya haram,” katanya kepada Getaran.

Mohd Yusof berkata, setiap orang Islam wajib mencegah perbuatan dan kepercayaan tersebut.

“Ia kerana perbuatan dan kepercayaan itu adalah amalan khurafat dengan menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal, selain beredar di tempat yang tercemar serta tidak suci,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan