web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Berterusan, 9 Kawasan Di Melaka Tengah Terjejas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 12:19PM

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kediaman dan laluan di sembilan lokasi di Melaka Tengah terjejas selepas dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Kawasan terjejas itu adalah Kampung Telok di Bukit Katil, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Bukit Cina dan Taman Peringgit Ria.

Turut terjejas, Batu Hampar, Kawasan Ayer Keroh, Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Mata Kuching.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Melaka Tengah berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan penduduk diarahkan berpindah.

“Susulan hujan berterusan, air sungai berhampiran melimpah ke kawasan kediaman penduduk di lokasi rendah pada kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Antara laluan utama dinaiki air adalah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral dan Lebuh Ayer Keroh, manakala laluan di Batu Hampar ditutup,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan Melaka River Cruise (MRC), pihaknya menghentikan sementara perkhidmatan susulan paras air Sungai Melaka yang tinggi.

“Operasi bot MRC terpaksa dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih kerana paras air Sungai Melaka yang tinggi dan arus deras,” menurut kenyataan itu. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad