web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4.5 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Jalan Raya Hingga Ahad - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 8:57AM

Peningkatan yang ketara dijangka mulai hari ini apabila orang ramai mula kembali ke kediaman masing-masing. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula semalam susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman Supt Bakri Zainal Abidin berkata bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai hari ini.

"Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah kenderaan tersebut dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 6 April lepas, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dilapor berkata sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri dan pihaknya mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.

Sementara itu, Bakri berkata susulan jangkaan itu, JSPT telah membuat persiapan menerusi Op Lancar atau penyuraian aliran trafik bagi tujuan melancarkan pergerakan kenderaan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad