web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penanaman Jagung Dedak Dimula Selepas Sambutan Aidilfitri - PKPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 9:01AM

Program penanaman jagung dedak adalah satu langkah penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan isu harga ayam di pasaran oleh PKPS. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Program penanaman jagung dedak yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi menangani isu harga ayam di pasaran akan mula dilaksanakan selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, program penanaman jagung tersebut adalah antara cabang di bawah Program Intervensi Ihsan yang dilaksanakan kerajaan Selangor, bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat terutamanya membabitkan isu harga makanan di pasaran.

Menurutnya, ia adalah satu langkah penyelesaian jangka panjang melibatkan harga dedak yang menjadi punca utama peningkatan harga ayam di pasaran ketika ini.

“Program penanaman jagung ini akan melibatkan kawasan seluas 300 ekar di Kuala Langat selatan yang akan diumumkan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) dalam masa terdekat.

“Persiapan di kawasan tersebut sudah pun kita jalankan iaitu membersihkan tanah dan kini ia dalam proses ‘plotting’. Kita jangka selepas hari raya nanti proses penanaman akan dimulakan,” katanya kepada Getaran.

Selain itu, Mohamad Khairil berkata, Selangor juga akan mengadakan kerjasama rentas negeri dengan kerajaan Negeri Sembilan bagi memperbesarkan lagi program penanaman jagung tersebut membabitkan tanah seluas 400 ekar.

“Boleh dikatakan ia kini di fasa perbincangan terakhir dengan Negeri Sembilan dan Insya Allah semuanya akan selesai tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas lanjut Mohamad Khairil berkata, objektif program tersebut adalah untuk menyelesaikan isu harga ayam di pasaran yang tidak berkesudahan.

Menurutnya, harga ayam mampu dikawal sekiranya kerajaan dapat mengawal harga antara cabang kos penternakan haiwan tersebut iaitu harga makanan.

“Jika kita terus bergantung kepada pihak lain, isu harga ayam tidak akan selesai dan ia akan berulang saban tahun, namun jika kita berjaya kawal harga cabang penternakannya ia boleh menyelesaikan masalah tersebut.

“Kawalan ke atas harga makanan ayam boleh mengurangkan sehingga separuh daripada kos jualan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Selangor bakal menjadi negeri pertama yang mempelopori penanaman jagung untuk makanan ayam sebagai langkah proaktif. bagi menangani isu kenaikan harga bekalan ayam di pasaran.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, sebanyak RM3 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi melaksanakan projek intervensi harga bekalan makanan ayam. – Getaran, 6 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad