web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Mangsa Maut Kren Gantri Jatuh Dikenalpasti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 7:52AM

Pasukan penyelamat berusaha mengenal pasti mekanisme untuk mengeluarkan mangsa terkorban yang tersepit di struktur kren gantri di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE) berdekatan Persiaran Banyan, Jalan Alam Damai, malam tadi. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan insiden satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)  berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata tiga pekerja projek pembinaan tersebut yang berasal dari China dikenali sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng.

“Mayat Ding dan Jiang berjaya dikeluarkan pihak bomba pada 11.30 pagi tadi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. Kerja mengeluarkan mayat Mu yang terhimpit di antara struktur besi masih dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 8.45 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah  dikerahkan ke tempat kejadian.

Nordin berkata Ding dan Jiang maut selepas terjatuh dari ketinggian 36.6 meter ketika menyelenggara landasan berkenaan.

“Mangsa ketiga yang maut (Mu) terjatuh dan tersangkut di atas landasan lebuh raya sebelum tersepit di antara landasan pembinaan lebuh raya berkenaan,” katanya.

Nordin berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa ketiga yang masih berjalan sehingga kini menghadapi kesukaran disebabkan struktur binaan yang tidak stabil dan mangsa tersepit di antara rasuk binaan dan struktur kren gantri.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Low Zy Jing, 33, yang memandu kereta Perodua Bezza dilapor cedera parah akibat dihempap struktur kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kejadian tersebut.

”Polis telah menutup sementara laluan dan membuat lencongan di Jalan Cerdas di sini bagi mengelak kenderaan awam melalui tempat kejadian,” katanya. 

Dalam pada itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang merupakan pemegang konsensi lebuh raya berkenaan memaklumkan kejadian difahamkan berlaku apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Susulan kejadian tersebut, pasukan respons kecemasan SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 33, ketika ditemui berkata beliau dan rakannya yang bekerja di kilang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian bergegas keluar selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya sedang bekerja di kilang, tiba-tiba terdengar bunyi kuat lalu saya dan rakan segera ke lokasi kejadian. Apabila sampai ada pihak bomba dan polis telah berkumpul di tempat itu.

"Apa yang jatuh kami tidak tahu kerana saya tidak nampak secara jelas namun apa yang pasti satu dentuman kuat didengari di lokasi berhampiran dengan kilang tempat saya bekerja," katanya kepada Bernama.

Wong berkata dia dan rakan sekerjanya tidak dibenarkan untuk menghampiri tempat kejadian selepas pihak polis membuat halangan di kawasan itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar