Berita Terkini

14 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 14 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 14 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 14 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 14 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Ketua Cabang Bawa Mandat Besar, Bukan Isi Kocek Sendiri - Afdlin

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 9:00AM

Penyertaan Afdlin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa sempena pemilihan PKR turut menerima sokongan penduduk bukan Melayu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan sebagai Ketua Cabang bukan satu tiket untuk bermegah, sebaliknya amanah berat yang perlu digalas sebaik mungkin demi memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat, khususnya komuniti setempat.

Aktor prolifik, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, sampan tidak akan bergoyang jika tidak dilambung ombak, justeru keputusannya menawarkan diri untuk bertanding mengisi jawatan tersebut pada pemilihan PKR akan datang bersandarkan kepada faktor yang amat kukuh.

Bercakap kepada Getaran, pengarah filem tersohor itu memberitahu, pembabitannya dalam sejumlah besar misi dan kerja kemanusiaan memberi ruang untuk beliau menyelami kesukaran serta penderitaan dialami penduduk setempat selama ini.

Peminat cilik antara yang tidak ketinggalan melepaskan peluang bergambar bersama Afdlin.
Peminat cilik antara yang tidak ketinggalan melepaskan peluang bergambar bersama Afdlin.

“Umum mengetahui saya sekian lama bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui sendiri iaitu Yayasan Afdlin Shauki (YAS).

“Yayasan ini bukan sekadar mengatur misi kemanusiaan ke luar negara seperti Syria, bahkan turut bergerak aktif membantu penduduk tempatan, khususnya di kawasan Setiawangsa,” katanya.

Jelas Afdlin, interaksi bersama ahli di bahagian ranting dan akar umbi kawasan itu mendapati, khidmat diberi Ketua Cabang sebelum ini tidak menepati kehendak atau menerima respons memuaskan.

“Ramai merasakan begitu, bukan saya mengada-adakan cerita atau memburukkan beliau, tidak. Semua itu adalah maklum balas yang diberi ahli di bahagian ranting dan penduduk setempat.

“Mereka merasa tidak dipeduli, perlahan-lahan dipinggirkan selepas berjaya memenangi pemilihan. Sebaik menang, suara ahli-ahli di ranting tidak lagi didengari, masalah mereka tidak lagi dihiraukan,” katanya.

Menafikan bahawa cubaan bertanding itu adalah usaha untuk menaikkan kembali populariti yang seakan tenggelam kebelakangan ini, Afdlin berkata dunia glamor dan kerlipan lampu kamera sudah lama ditinggalkan.

“Di usia seperti ini, bukan lagi glamor yang saya cari. Saya sudah puas hidup dibuai pujian dan sanjungan peminat. Hidup dipuja orang tidak lagi terlintas dalam fikiran.

“Saya masih bergiat dalam dunia seni, tetapi lebih kepada menghasilkan karya berkualiti yang mampu mendidik.

“Keputusan menawarkan diri untuk bertanding ini semata-mata kerana saya adalah ahli PKR yang sedia berkhidmat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau menarik perhatian, keputusan tersebut menerima sokongan penuh penduduk Setiawangsa yang setuju beliau bertanding, malah namanya dicalonkan sendiri ahli-ahli ranting.

Afdlin (berdiri) berucap ketika mengadakan perjumpaan bersama penduduk setempat di Setiawangsa, baru-baru ini.
Afdlin (berdiri) berucap ketika mengadakan perjumpaan bersama penduduk setempat di Setiawangsa, baru-baru ini.

“Bila tiba satu ketika saya dicalonkan penduduk Setiawangsa sendiri, saya terima dan jadikan ia sebagai pedoman untuk memberi yang terbaik buat mereka.

“Jika mereka mahukan sesuatu yang baharu dengan latar belakang NGO untuk menggerakkan misi bantuan secara agresif, InsyaAllah, saya yakin boleh melakukannya,” katanya, ikhlas.

Ditanya apakah tidak takut jika penyertaan itu membuatkan beliau diboikot ahli-ahli senior, Afdlin dengan tenang memberitahu tidak gentar berhadapan kemungkinan seumpama itu.

“Yang menyokong saya bertanding jawatan Ketua Cabang ini bukan ahli generasi baharu, sebaliknya golongan ‘otai’ yang masak dengan perjalanan PKR dari dulu.

“PKR ini parti orang miskin, tak mampu berbelanja besar untuk menggerakkan kempen. Hanya keikhlasan dan keluhuran hati jadi penentu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, jawatan di dalam parti perlu digalas dengan kesedaran bahawa khidmat diberi adalah semata-mata untuk rakyat, bukan memenuhi kocek atau kuota kuasa peribadi.

Majoriti kempen disertainya jelas Afdlin, hanya dibantu ahli-ahli yang sanggup bekerja keras tanpa sebarang gaji atau upah, dan hanya berbekalkan niat untuk membawa parti ke tahap lebih baik.

“Mereka amat hebat, berpenat-lelah bekerja keras untuk memastikan kemenangan saya dan berkempen sehabis baik.

“Ini (pencalonan) alternatif buat rakyat kerana sebaik melangkahkan kaki dalam arena pertandingan, sudah saya sematkan dalam hati bahawa tanggungjawab ini ialah untuk membolehkan saya berkhidmat kepada rakyat. Hanya itu,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dakwa PKR Lawan Al-Quran: Tuduhan Hadi Bahaya, Boleh Bawa Amalan Takfir

2

Politik 3 hari yang lalu

Dakwa PKR Lawan Al-Quran, Abdul Hadi Dicabar Buat Kenyataan Jelas

3

Politik 5 hari yang lalu

Saya Tahu Ada Banyak Lagi Kes Rasuah, Cuma Belum Dedahkan Sahaja - Anwar

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Kaitkan ‘Thai Hot Guy’ Dengan Konsep MADANI – Timbalan Menteri

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

oleh Farhana Farush

Semasa 17 jam yang lalu

Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

Semasa 22 jam yang lalu

Cadangan Mrsm Berbayar, Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini