web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen, Bila Agaknya Menjelma Lagi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Mar 2021 5:42PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan kamu ini aneh, kata seorang teman dari sebuah negara tertangga, ketika kami berbicara soal politik, lewat Sabtu lalu.

Meski kedengaran agak sinis, sentimen beliau itu dapat difahami, apatah lagi jika mengambil kira senario yang mendasari arena politik negara ketika ini.

Dari kewujudan pelbagai undang-undang baharu yang menjadi persoalan ramai hingga tindakan tidak masuk akal pihak berkuasa, segalanya tentang pemerintah ketika ini begitu kabur dan mengelirukan.

Boleh dikatakan apa sahaja tindakan diambil kerajaan mutakhir ini, serba tak kena di mata rakyat, semuanya didorong oleh lompong di sana sini, yang menyebabkan situasi semakin menekan dan membebankan.

Terbaru, keputusan kerajaan untuk masih menangguhkan sidang Parlimen mencetuskan perdebatan hangat semua pihak, khususnya apabila rasional di sebalik tindakan itu gagal diperjelaskan.

Sekadar memberikan Ordinan Darurat sebagai faktor menghentikan sementara sidang Parlimen dilihat tidak cukup kukuh, kerana pada masa sama, pelbagai aktiviti lain lulus untuk dilaksanakan.

Apa lebihnya kebenaran untuk pasar malam beroperasi, jika dibandingkan dengan sidang Parlimen, yang berperanan besar memperincikan dasar dan selok belok pentadbiran negara?

Ini yang menjadi pertikaian, apabila terlalu banyak ketidaktelusan dilihat menyelubungi dasar digariskan barisan pemimpin ketika ini, sekali gus menyebabkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai di peringkat akar umbi mula berbelah bahagi.

Ia turut bertitik tolak kepada penetapan beberapa perkara kritikal oleh kerajaan, termasuk kebenaran yang diberikan ke atas perincian tertentu, atas alasan ia adalah penting dalam memulihkan pertumbuhan ekonomi negara.

Kebenaran untuk acara sukan diadakan di stadium, panggung wayang kembali dibuka dan operasi spa (sekadar memberikan beberapa contoh) adalah antara keputusan yang menjadi pertikaian ramai, apatah lagi apabila kepentingannya dilihat tidak setanding dengan keperluan untuk sidang Parlimen diadakan.

Perkara itu menyebabkan barisan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadi bahan sendaan ramai, khususnya di media sosial.

Majoriti pengguna secara terbuka menyelar keputusan kerajaan, termasuk yang lebih radikal, menuntut pimpinan tertinggi berundur daripada jawatan masing-masing.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Januari lalu berkata, 115 Ahli Parlimen sudah menyatakan persetujuan untuk sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat  diadakan pada kadar segera bagi membolehkan semua isu membabitkan COVID-19 serta kemelut ekonomi dapat ditangani secara lebih efektif.

Menurut beliau, jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk menolak usul kerajaan PN yang melaksanakan darurat, sekali gus menggantung Parlimen daripada bersidang.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebelum ini pernah bertitah, pengisytiharan darurat itu tidak bermakna sidang terbabit perlu digantung.

Titah baginda seolah memberi gambaran bahawa pada dasarnya, keputusan diambil kerajaan itu bukan satu perkara yang tepat.

Meski didesak, barisan pemimpin nampaknya tidak tunduk pada tekanan dan terus berpegang pada pendirian untuk menggantung sidang Parlimen sehingga ke satu masa ditetapkan.

Keengganan kerajaan lantas membawa kepada satu sidang mesyuarat pembangkang, dipengerusikan Anwar di Parlimen hari ini, membabitkan 67 Ahli Parlimen, yang menuntut sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat kembali dilaksanakan.

Menurut Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, mesyuarat itu dicetuskan oleh kenyataan diberikan Anwar sebelum ini, dan desakan sejumlah besar Ahli Parlimen.

Katanya, mesyuarat selama dua jam itu memutuskan, tidak ada sebab untuk sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat masih ditangguhkan, apatah lagi selepas penarikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejumlah besar sektor sudah mula dibuka dan dibenarkan beroperasi, jadi kami hairan mengapa sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat masih ditangguhkan,” katanya, seperti dipetik portal The Vibes hari ini.

Sejujurnya, keengganan kerajaan itu memang menimbulkan tanda tanya, di saat negara masih memiliki sejumlah besar isu yang berada pada paras kritikal, dan menuntut perhatian serius semua pihak.

Apakah mereka sebenarnya ada niat tertentu dan menjadikan penggantungan sidang Parlimen sebagai talian hayat?

Atau apakah sebenarnya pihak yang berkenaan sedang merencana agenda tertentu untuk satu misi rahsia, hingga memaksa sidang terbabit ditangguhkan sehingga segalanya sedia untuk didedahkan kepada umum?

Hanya mereka juga yang mampu menjawab persoalan ini.

Apa yang pasti, jangan kerana tak pandai menari, lantai pula dikatakan jongkang-jongkit. – Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

2

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

4

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

5

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

6

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

Luar Negara 1 hari yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

Luar Negara 1 hari yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Semasa 1 hari yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

oleh Wartawan The Vibes