web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Drama' Hari Raya, Pesakit Mental Cuba Terjun Bangunan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 3:45PM

Anggota Bomba memujuk seorang lelaki warga asing yang dipercayai mengalami sakit mental yang cuba terjun dari tingkat 3, Kompleks Datul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, hari ini. - Gambar ihsan Bomba KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pesakit mental mencetuskan ‘drama’ di pagi 2 Syawal apabila cuba terjun dari tingkat tiga Kompleks Datul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, hari ini.

Lelaki warga asing berusia 25 tahun terbabit dikatakan memanjat bumbung bangunan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Difahamkan, lelaki tersebut menceroboh masuk ke premis itu sebelum kehadirannya disedari pengawal keselamatan yang bertugas.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba L Prakash berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 8.39 pagi sebelum 15 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, BBP Sentul dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati seorang lelaki dewasa berada di atas bumbung tingkat tiga bangunan.

"Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk memujuk mangsa.

"Operasi dijalankan dengan keselamatan tinggi menggunakan abah-baha keselamatan bagi kerja penyelamatan pada aras tinggi," katanya hari ini.

Prakasah berkata, usaha memujuk berhasil dan mangsa akhirnya dibawa turun dengan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan jam 10.38 pagi. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran