web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impak Kemalangan 90KM/J Ibarat Jatuh Tingkat 10, Pandu Dengan Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 9:06AM

Orang ramai perlu bersedia dari segi fizikal dan mental semasa memandu dalam tempoh yang panjang dan sesak semasa balik beraya. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Aidilfitri tidak akan meriah tanpa pulang ke kampung halaman dan perjalanan jauh yang melelahkan, bukan lagi satu halangan.

Bahang sambutan yang tidak begitu dirasai sejak dua tahun lalu gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berubah sepenuhnya tahun ini, apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pergerakan pulang ke kampung besar-besaran mula dilihat Sabtu lalu dengan pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 14 juta kenderaan berada di atas jalan raya, tiga hari sebelum Aidilfitri.

Namun di dalam keterujaan kita untuk meraikan hari bahagia itu bersama keluarga di kampung, tahap keselamatan di jalan raya tidak boleh dipandang enteng.

Ini berikutan kadar kemalangan maut mencatatkan trend menaik ketika musim perayaan utama khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.

Dr Kulanthayan KC Mani
Dr Kulanthayan KC Mani

Susulan itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya daripada Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan KC Mani menasihatkan semua pemandu supaya mengurangkan had kelajuan kenderaan masing-masing semasa pulang beraya.

Katanya, tindakan tersebut boleh mengelak kemalangan daripada berlaku dan mengurangkan risiko kemalangan maut.

“Kalau anda kurangkan kelajuan kenderaan anda, kenderaan mampu dikawal dengan lebih baik. Bila kita dapat kawal kenderaan, maka kuranglah peluang kemalangan. 

“Jika berlaku juga kemalangan cuba bayangkan, sekarang kemalangan berlaku pada kelajuan lebih rendah berbanding asal, jadi impak pun kurang. Sekurang-kurangnya kita dapat elak kemalangan maut,” katanya kepada Getaran.

Jika sebelum ini, seluruh rakyat Malaysia mengamalkan penjarakan sosial untuk mengelak risiko dijangkiti COVID-19, namun kali ini Kulanthayan menggesa konsep itu dipratikkan di atas jalan raya bagi menjamin keselamatan setiap penggunanya.

“Cuba bayangkan kalau anda bawa 50 kilometer sejam (km/j) dan ada kecemasan di depan anda, anda tekan brek. Anda sebenarnya memerlukan 27 meter untuk memberhentikan kenderaan anda. 

“Dalam situasi sama, kalau anda bawa pada kelajuan 80 km/j, anda memerlukan 58 meter untuk memberhentikan kenderaan. Jadi kalau 58 meter tak ada jarak kosong di depan anda sebanyak itu, maka akan berlakulah kemalangan,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya berlaku kemalangan pada had kelajuan 90 km/j, impak kecederaan diibaratkan seperti terjatuh dari tingkat 10 bangunan.

“Itu impak dia, bayangkan kalau anda terjatuh dari tingkat itu, apakah kebarangkalian untuk selamat? Peluang pasti tipis, kemungkinan besar kemalangan maut.

“Kalau 70 km/j, (impak) sama seperti jatuh dari tingkat enam. Kalau 50 km/j pula ibarat terjatuh dari tingkat tiga. Kelajuan terakhir itu yang akan memindahkan (impak) tenaga kepada penumpang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bersedia dari segi fizikal dan mental semasa memandu dalam tempoh yang panjang semasa balik beraya nanti.

“Kalau berlaku kesesakan trafik janganlah stres sangat sebab kita memang dah tahu awal-awal lagi, trip kali ini akan jadi perjalanan yang jauh dan lambat.

“Jika gagal mengawal emosi, anda tidak mampu memberi tumpuan sepenuhnya di atas jalan. Jadi kena kawal (emosi) kerana sistem kereta memerlukan tumpuan (pemanduan) sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, Kulanthayan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan masing-masing.

“Peringatan ini khusus kepada penumpang belakang. Mereka harus ingat kalau tak pakai, bila berlaku kemalangan, badan boleh bergerak. Dia akan mula langgar kerusi depan, dash board, stereng atau cermin depan.

“Walaupun pemandu dan penumpang hadapan dah pakai, disebabkan kecuaian penumpang belakang, dia sebenarnya tambah risiko kepada penumpang lain. Sebab itu saya minta setiap pemandu buat semakan, selagi tak pakai jangan mulakan perjalanan,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad