web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Adik Beradik Cedera Digigit Anjing Peliharaan, Seorang Parah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 9:41PM

Anggota Bomba berjaya menangkap dan menjinakkan anjing yang menggigit mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sepasang adik-beradik cedera selepas digigit anjing peliharaan dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Putera Pogun, Penampang, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.49 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Penampang dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

"Sejurus tiba, pasukan mendapati dua lelaki berkenaan telah cedera digigit anjing peliharaan mereka.

"Mangsa pertama berusia 20 tahun cedera parah di bahagian tangan manakala abangnya yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian paha," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Zeno berkata, anjing berkenaan berjaya dijinakkan sebelum diserahkan kembali kepada pemiliknya.

“Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 4.42 petang,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad