web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Tunai Solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 11:11AM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di masjid berkenaan pada jam 8.14 pagi bersama anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Muhyidin Aziz @ Saari itu turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba pada jam 8.07 pagi.

 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berbicara dengan Datuk Seri Ismail Sabri.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berbicara dengan Datuk Seri Ismail Sabri.

Selain itu, anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersama pasangan serta orang awam juga hadir menunaikan solat sunat berkenaan.

 Ini adalah kali pertama Seri Paduka menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar dari Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Sebelum ini, baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Solat sunat itu dilaksanakan mengikut ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid serta surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa hari ini, selaras pengumuman kerajaan berkaitan kelonggaran SOP di masjid dan surau.

Ketetapan itu antara lain membabitkan beberapa pemansuhan meliputi imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk ke masjid dan surau, penggunaan sejadah sendiri serta penjarakan fizikal antara jemaah dalam semua keadaan di masjid dan surau.

Selain itu, kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah yang berstatus 'Berisiko Tinggi' atau bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Seterusnya, pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam masjid dan surau yang tertutup, namun tidak diwajibkan di kawasan terbuka atau di luar dari kawasan itu.

Solat sunat Aidilfitri ini dilaksanakan mengikut ketetapan baharu berhubung kelonggaran SOP di masjid serta surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Solat sunat Aidilfitri ini dilaksanakan mengikut ketetapan baharu berhubung kelonggaran SOP di masjid serta surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Khutbah Aidilfitri bertajuk 'Kemenangan Menuju Keredaan' dibacakan Muhyidin, antaranya menyeru umat Islam seluruh negara melaksanakan kawalan kendiri dengan sebaiknya dan melengkapkan pengambilan vaksin penggalak serta vaksinasi untuk anak bagi mengurangkan risiko lebih teruk akibat wabak COVID-19.

Selain itu, umat Islam turut diseru untuk bersama-sama memperbaiki hubungan persaudaraan.

Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Pasangan Seri Paduka kemudian berangkat meninggalkan masjid pada jam 9.15 pagi, diikuti Ismail Sabri dan Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri. – Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad