web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BONIA Nafi Dakwaan Hanya Menggaji Kaum Tertentu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 8:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian pengguna Twitter, @shaekmdn semalam mengenai video di TikTok yang memaparkan aktiviti pekerja di syarikat barangan fesyen jenama Malaysia, BONIA bertukar ‘panas’.

Ia susulan netizen mendakwa pekerja di syarikat itu seolah-olah hanya terdiri daripada bangsa Cina, sehingga mendapat perhatian ramai.

Netizen dilihat tidak berpuas hati apabila syarikat diasaskan anak tempatan, Chiang Sang Sem itu didakwa menggunakan strategi sering mendapatkan perkhidmatan model berbangsa Melayu, bagi menarik pelanggan dalam kalangan kaum sama.

Bagaimanapun, di sebalik kontroversi itu, pengurusan BONIA tampil menerusi kenyataan di Twitter, memaklumkan berlaku ‘salah faham’ kerana video berdurasi 45 saat itu yang awalnya didakwa dikongsikan pekerja butik berkenaan, tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Menurut syarikat terbabit, pihaknya mengamalkan kepelbagaian di tempat kerja, bukan sahaja dalam aspek pembangunan kerjaya, malah membabitkan jenama gaya hidup yang progresif.

Jelasnya, BONIA sentiasa menjadi sebuah syarikat yang membudayakan kerja secara inklusif, membabitkan peringkat ahli lembaga pengarah sehingga ke pengurusan, kakitangan dan petugas barisan hadapan, malah berbangga kerana memiliki tenaga kerja dari pelbagai latar belakang.

“Video terbabit tidak memaparkan sepenuhnya mengenai syarikat kami. Kami secara aktif mengamalkan pelbagai protokol dan dasar dalam pengambilan serta latihan kepada pekerja.

“Kami amat menghargai pandangan pelanggan dan akan memastikan pengalaman mereka bersama kami adalah baik,” katanya.

Sehingga kini, video dikongsikan semula @shaekmdn itu ditonton 623,000, selain menerima 138 komen, 4,246 ulang ciap dan 7,336 tanda suka.

Menerusi ruangan komen video itu, netizen melahirkan persoalan dan kekecewaan.

“Erk sudah tidak rasa seperti ingin membeli BONIA lagi,” ciap Qilahhaz.

“Kenapa susah sangat eh nak diverse (pelbagaikan) wahai rakyat Malaysia semua, aku nak sangat korang semua bercampur gaul tak kira bangsa, susahlah kalau nak sekelompok,” tulis seorang pengguna lain.

“Saya baru saja nak beli BONIA untuk ibu saya. Video ini keluar. Sekarang, saya gembira untuk mencari jenama lain untuk dia. Terima kasih kerana berkongsi,” komen Aiman Hamizan. – Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad