web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buli, Apakah Pelajar Kita Bangga Dengan Gangsterisme Dilakukan?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 8:16PM

Kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Langkawi baru-baru ini telah mengundang kecaman masyarakat. - Tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes buli yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini, mencetuskan persoalan sama ada Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik diterapkan di sekolah tidak memberi apa-apa kesan kepada pelajar.

Pengerusi Majlis Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Tarmizi A Razak berkata, ia turut menimbulkan persoalan yang mungkin boleh dijawab pihak berwajib.

“Dalam tempoh beberapa tahun terakhir ini dapat dilihat bahawa kes buli ditularkan sewenang-wenangnya di media sosial.

“Apakah pelajar kita bangga dengan sikap dan sifat gangsterisme yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipukul, dipijak dan dibuli sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Langkawi baru-baru ini, sehingga mengundang kemarahan serta kecaman masyarakat.

Biarpun seramai 13 pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berdurasi 25 saat yang tular di media sosial itu, pelbagai pihak terus meminta supaya siasatan terperinci dilaksanakan.

Mohd Tarmizi berkata, video itu menarik perhatian dan membawa pelbagai persepsi daripada netizen mengenai sikap pelajar kita sejak akhir-akhir ini.

Katanya, Majlis Presiden GPMS memandang serius isu berkaitan buli, terutama apabila ia menjadi tular di media sosial.

Beliau berkata, Majlis Presiden GPMS gusar sekiranya berlaku kebimbangan terutama dari pihak ibu bapa yang mungkin mendakwa pihak sekolah ‘lepas tangan’ atau cuba menyembunyikan kes seumpama itu, bagi mengelakkan rekod sekolah tercalar.

“Majlis Presiden GPMS mengharapkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaiknya, bagi memastikan tidak berlaku lagi kes buli, seterusnya menjadi tular di media sosial.

“KPM juga disarankan untuk berhubung rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan pihak bertanggungjawab menularkan video buli seumpama itu,” katanya.

Menurut Mohd Tarmizi, Majlis Presiden GPMS menaruh kepercayaan penuh kepada kepimpinan dan kebijaksanaan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam menangani serta menyelesaikan masalah berkenaan.

“Majlis Presiden GPMS sedia untuk memberi kerjasama dalam memastikan sikap gangsterisme tidak lagi berleluasa di sekolah, tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah,” katanya.

Terdahulu, kes buli tersebut turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan kesedihannya dan menegaskan, buli bukanlah kegiatan yang boleh dibanggakan serta membawa kepada budaya samseng.

“Kini ia menjadi kes polis. Saya harap semua pelajar terlibat sedar dan ambil peringatan buli bukanlah sesuatu yang harus kita banggakan,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu menerusi ciapan di Twitter. – Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan